Friday, April 24, 2009

HARI TERAKHIR...


Hari ni kira hari terakhir aku keje kat galeri... erm.... hampir 4 tahun jugak aku keje kat sini.. hehe.. lama gak tuh... tapi ye la... semoga hijrah aku di masa sukar ni (ekonomi meleset)... harapnye ada rahmat la yek... ye la... kurang sikit kos syarikat bila aku x de... tapi aku tambah kos syarikat tempat baru lak... hehe.. tapi ramai kekawan yang lebih perlukan... so hope bos bayar la apa yang tertunggak tu ek...hehe... Selepas hampir 4 tahun keje kat sini... rasa hati tu berat jugak le nak pergi... (sedih la plak)... ye la... mcm-mcm ada... kalu nak cite panjang... so bg yang tahu & memahami bagus ler... bg yang x tu, korang pikir la sendiri... hehe... erm....perasaan x puas hati aku selama ni pon aku dah tutup... kira bukak buku baru le... so kalu aku salah tu mintak ampun maaf la ye... ada umur kita jupe lagi... yang rapat tu jangan jauhkan diri... yang jauh tu rapatkan diri... bak kata orang... So rasanyer aku x sempat ler nak jupe semua orang hari ni... bos aku pon x de sb bertugas kat pesta buku... kalu ikutkan hati nak le jugak bertugas kat sana... nak menyumbang saat akhir... tapi ye la... sape ntah buat jadual x letak nama aku.. hampeh tul... hehe... (jangan marah pembuat jadual). So apa nak buat... kalu ada elaun lebih tu belanja la aku yea.... Yang datang akan pergi... begitu jugalah aku... buat sahabat-sahabat. POJ & EN ABU... maaflah ye keje korang makin bertambah dengan ketiadaan aku... tapi 'KIRA OK' (en.Wan pinjam sat ek) ler aku x pergi sebelum pesta buku. kalu ada anis & asuh lebih tu kasik le aku satu...hehe. Buat syima kecik, terima kasih le bg aku kepercayaan untuk buat asuh... kak ros - steady ek... Chai yok! terima kasih team majalah, team buku... en wan - (the 'kira ok' man) En wan memang best le... cayalah, team pemasaran... team admin... team apa lagi ek?... ops! team aku sendiri pon lupa... sori.. last team DTP... teruskan perjuangan anda. Rasanyer sampai sini jek perjuangan aku, aku beri sokongan dari jauh.. insyallah... SALAM

Wednesday, April 22, 2009

err...err...

erm... rasa mcm lama gak aku x buat posting kat blog aku ni... aku bz sket kebelakangan ni... tapi hari ni aku tgk satu video kat youtube pasal susan boyle... mgkn korang pernah dgr... apa yang menarik ialah betapa manusia memandang luaran, pandang sinis yang ditunjukkan. tapi....

apa kata korang tgk la video nih...

http://www.youtube.com/watch?v=RxPZh4AnWyk

Moralnyer: jangan le pandang orang tanpa tengok kebolehan yang ada pada orang tersebut.

Tuesday, March 17, 2009

JALAN-JALAN LAGI...


Baru-baru nih aku dapat le jejalan lagi.. kali nih jauh sket arr... dapat le kenal negara orang walaupon seberang jek... aku pergi pon atas urusan keje kan... nak jejalan banyak pon x bole.. apatah lagi menggunakan matawang yang main ribu-ribu ni wat aku pening la... pening nak convert kat duit malaysia nih... aku dah le lama tinggal matematik.. nak refresh balik tu take time gak la..hehe... apa yang menarik kat jakarta ni ialah budaya keje diorang la... sb hidup susah kan kat sana.. only the best je bole survive...walaupon keje guard tapi keje tip top... servis diorang bagus... masuk kedai buku dah mcm masuk hotel 3 bintang punya layanan...

Yang paling susah lak.. bab makan la... nak makan pon kena tgk bebetul la... 3 hari berturut-turut aku makan nasi padang jek...sampai sakit perut aku...tapi sodap....

kalu korang nak best shopping korang g shopping kat mall untuk kelas atasan la... best wooo.. tandas pon cun abis.. free lak tuh... servis tip top...harga leh tahan...

kalu ikutkan aku, banyak la aku nak cite.. tapi kalu aku cite suma nanti korang x best lak bila nak kesana nanti... ahaks!.. so kalu nak dpt feel mcm aku dpt korang pergi la sendiri...

Friday, February 20, 2009

LAWAK...LAWAK...

KUDA RAJA

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya.
Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.
Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian... makin egolah raja sorang ni.
Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya "Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?" maka dengan selambanya budak tu berkata "Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.
Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu. "Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala.
Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.
Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata, "cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya! "Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?" Dengan selambanya budak tu jawab "Nak kena jentik lagi...??"

Tuesday, February 17, 2009

MARI...MARI..KERAWANG CUN


Hari ni aku nak jual kerawang yang cun-cun...
kalu berminat sila tinggalkan email anda pada ruangan komen atau email kan pada aku. anuar.m.yasin@gmail.com. Nanti aku akan follow up...





















HARGA: RM35 Sahaja (termasuk pos).


Tuesday, February 3, 2009

SAPEKAH MANGSA AKU?

Hehe.. klakar tul... smlm aku balik keje awal sb ade hal sikit... dah selesai urusan aku, aku terpandang la anak aku (a.k.a small kids). Rimas aku tgk rambut dia... plus aku pon tension ngan keje yang banyak kat opis tuh.. kira nak lepas geram ler... sian dia jadi mangsa keadaan..hehe... sblm ni aku sengaja simpan kasi nampak mcm 'rangga' sikit... ingat aku nak potong sikit jek.. then sampai kedai gunting rambut tu, aku lak berubah fikiran... alang-alang aku potong sikit baik aku botakkan jek..hehe.. Apa lagi aku bgtau je la kat 'mapele' tuh... 'kasik tapak dua potong'... then korang tgk la ni hasilnyer... Lepas tuh aku tgk dia pon nak gelak.. klakar + comel + kesian... Dia lak sepanjang malam asyik duk gosok kepala jek... terhibur aku malam td dengan gelagat budak botak...

Wednesday, January 28, 2009

Jom pekena NASI KANDAR


Oleh kerana raya cina aku tak balik kampung... aku pon dah bosan duk umah... jalan pon tak jem, perut pon tgh kosong...tengahari lak tuh... so alang-alang aku kat taman tun dr ismail... (tempat area opis lama aku). Makan kat MAKBUL nasi kandar ler... dah lama aku x datang nih... dulu selalu lepak ngan bebdk opis kat sini... sejak dah jauh tu x leh la nak lepak sini dah. so lepaskan rindu la kot (ahaks!).so korang layan je apa yang aku makan... hehe.. kalu nak rasa, g makan sendiri.. sendiri bayar...sendiri order... sendiri cekik... hehe... nasik kandar dia bole tahan la bg aku la... bg org penang @ kedah tu aku x tahu la... mana tau korang jupe yang lagi best... so LAYAN...

Saturday, January 10, 2009

CHECK SAMAN JPJ



















Salah seorang sahabat aku bg la link ni untuk check saman JPJ... so sape yang rasa ade buat salah kat jalan raya tu silakanlah check.. mana tau ade saman...


klik sini ------> CHECK SAMAN JPJ

Wednesday, January 7, 2009

UCAPAN SELAMAT

So dalam kesibukan aku nih dan sempena tahun baru ni aku nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1430H & SELAMAT TAHUN BARU 2009 BUAT KORANG SEMUA.

Kat bawah ni aku dpt email dari seorang sahabat... so kita renung-renung & fikirkanlah... (hehe... mcm pakar motivasi la plak)

-------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM).
Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM),
tetapi maksud Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Jesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad.

Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Jesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?
Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, December 24, 2008

MAYBANK PENIPU?

Perhatian kepada pengguna maybank 2u:
Hari ni aku terima satu email seperti attachment kat bawah nih...
aku pon x sangka aku gak hampir menjadi mangsa... sebelum ni aku pernah dengar la pasal org hilang duit kat maybank bila dia login pakai link yang dia amik dari email...
mengikut yang aku pernah baca amaran oleh pihak maybank ialah jangan sesekali login melalui link yang diemel kepada kita.So aku nasihat korang pon berhati-hati bila terima emel mcm ni..

Pesanan aku ialah sila login di website maybank sahaja bagi menjamin keselamatan duit kita.. hehe... adios.











Kat bawah ni aku amik kat website maybank... info sikit pasal warning yang telah dikeluarkan untuk pengguna maybank2u.


Beware of phishing site

Never click on attached or external urls leading to Maybank2u.com as it may be a link to a fake site.

Security Alert

Please continue to be alert against any emails requesting you to update your particulars or log in into Maybank2u via any email link. Our URL is http://www.maybank2u.com.my and you should be suspicious of any e-mail that informs you otherwise. Maybank does not send out any e-mail or SMS requesting customers to provide personal banking ID or PIN or credit card information. We advise customers not to log in to any website links contained in e-mails.

Welcome to the all-new, all-you Maybank2u.com!

We're sporting a new look but our URL remains the same, which is http://www.maybank2u.com.my, and you should be suspicious of any e-mail that informs you otherwise. Maybank will never send out e-mail or SMS requesting customers to update their profile, provide banking ID or PIN or credit card information.

We advise customers NOT to log on to any website links contained in e-mail. Don’t be fooled if you receive such e-mail or SMS messages. They are intended to “phish” your Maybank2u.com ID and banking information. If you login and provide your personal information, you may discover that you are the victim of a financial scam. Always type in the url www.maybank2u.com (or bookmark it) and also logout after performing your transactions.

Report Phishing

If you suspect that you have been tricked into giving your ID and Password at a fake web site, change your password immediately by directly logging in through http://www.maybank2u.com.my. You should also report the phishing web site or e-mail.

Thanks to the cooperation of our customers and our support team, we have managed to identify FAKE email. Please DO NOT click on these and any other url links to Maybank2u.com sent to you by email under any circumstances. Here are the latest URLs:

  • http://www.linked2u-service04.com/Maybank-Online.htm
  • http://qpsimages.com/smspro/templates_c/style2/may_server_migrate/Maybank-Online.html
  • http://qpsimages.com/smspro/templates_c/xml/migrate_server/Maybank-Online.html
  • http://59643.webspace.by.clanserver4u.de/vwar/images/maybank.my/secureonline/mbb/mbb_login.jsp.htm
  • http://www.mtrq-location-m2u.com/Maybank-Online.htm
  • http://comtechservices.net/phpforms/layouts/html/may_new_server/Maybank-Online.html
  • http://hillel.ru/fsu/new_security_server/Maybank-Online.html
  • http://www.2008m2u-team.com/Maybank-Online.htm
  • http://www.intel-may2u-security.com/Maybank-Online.htm
  • http://hillel.ru/include/new_secure_server/Maybank-Online.html

Monday, December 15, 2008

iklan dulu-dulu























Hehe.. aku dapat email ni dah lama la... hari ni duk delete email lama-lama aku jupe email nih.. klakar pon ade bila tgk iklan dulu-dulu.. masa tu aku pon lum lahir lagi la.. hehe... bg orang yang lahir sebelum aku mungkin sempat la tgk iklan ni... kira aku refresh memori orang lama la nih.. cuba korang tgk iklan sunsilk tuh.. lama tuh.. sampai skang pon ade lagi.. leh tahan la diorg nih leh bertahan sejak dari dulu lagi.. hehe..

P/S: kalu x nampak klik pada gambar

Monday, November 24, 2008

Congratulations...








Aku ingin mengucapkan tahniah kat ecah kerana berjaya menjawab soalan yang aku kemukakan... mesti la ade hadiah bg soalan aku tuh.. aku saje je x nak inform... bg suprise..hehe.. hadiah nye ialah ecah boleh pilih mana-mana sebuah buku company aku...aku bayar...( sila rujuk web ni. www.galeriilmu.com.my ). hehe... pandai aku ek.. dalam masa yang sama promote buku opis aku & senang ckit aku nak beli...hehe...


So tahniah buat ecah...

Friday, November 21, 2008

Kalu terer JAWAB ni..

Aku ada teka-teki.. mgkn ada yang pernah dgr.. bg yang belum tuh test la IQ korang ngan jawab soalan nih... semoga berjaya..

Tiga sahabat menyewa hotel dgn harga RM30 (maka mereka perlu membayar RM10 seorang)

Namun, tuan punya hotal kembalikan semula RM5 kepada mereka
Maka, jumlah sewa menjadi RM25
Pekerja hotel tersebut hanya memulangkan RM3 saja kepada mereka sebab senang dibahagi,dan RM2 di ambil olehnya...
Apabila diberi RM3, mereka membahagi seorang RM1 dan jumlah bayaran sekarang bagi seorang ialah RM9..
Yang menjadi persoalan sekarang ialah...RM9 x 3 = RM27..
RM27 (duit yang diberi) + RM2 (duit yang diambil pekerja) = 29...

Soalannya ialah...
DIMANA HILANGNYA SERINGGIT LAGI DUIT MEREKA????

Tuesday, November 18, 2008

Nombor BERTUAH




Hehe..tanpa aku sedari keta aku dah mileage dia dah 20000 km rupanyer...hehe.. yela semenjak kehilangan motor kesayangan aku kerana di curi pencuri aku kena la dtg keje naik keta..walaupon aku x berapa gemar, ye la ngan jem, minyak pon leh tahan la...kalu rm50 tuh kena telan ngan 1.6 rasanyer 3 hari jek.. kalu sebulan bape tuh?... nasib baik la harga dah turun lagi ari ni...hehehe..bagus2.. kalu dpt turun lagi aku rasa lagi bagus...hehe..

Masa aku nak kuar makan tadi aku baru terperasan angka tersebut.... adakah ia bertuah?... erm.. yang pastinyer 21000km nanti aku kena g servis..erm..duit tuh..hehe.. 20000 apa makna pada aku?... kalu dpt duit rm20000 pon ok gak...hahahahaha.. leh la aku bayar muka beli ghomah ker, motor lagi 4 ke leh aku gilir-gilir tiap hari. (mak oi jauh berangan nyer aku.)..hehe..

so korang pon pikir la apa makna 20000 pada korang.. hantaran kahwin RM20000 ker, nak beli keta harga RM20000 ke, korang pikirkan la,... hehe..kalu x keberatan bg tau la aku ek...

Aku Di TAG?...

Ni rasa first time aku kena tag... buat pengetahuan suma haku x tahu apa binatang tag tuh..hahaha..hehehe..hihihi...huhu... maafkanlah aku yang serba x tahu nih... (malunyer) setelah aku membuat sedikit kajian barulah aku faham apa binatang tag tuh... barulah aku sedar.. agak ketinggalan gak la haku nih.. (merendah diri).. apa nak buat, kanak-kanak baru belajar... so aku nak tanya la pada korang yang selalu kena tag.. adakah tempoh tag ni ada had masa?contohnya kena jawab dalam masa seminit ker, sejam ker, sehari ker, seminggu ker atau pon kalu x jawab mcm mana pula..hehe.... sb aku x dpt la nak menunaikan tag tu wat masa skang...huhu... so ape kehe nyer?... mcm mana nih?????

Wakaka...huhu..aku baru je abis cite pasal kena tag..skang aku kena lagi sekali...bak kata org bila kena sekali, kena lagi sekali & lagi sekali..terima kasih haku ucapkan pada pengeTAG yang sudi mengeTAG haku...nanti aku belanja air sirap pada org yang tag aku...hehe...TRIMAS

Thursday, November 13, 2008

Pertandingan Nyanyian (LAWAK)

Lawak ni aku pernah dgr dulu.. dan smlm aku terbaca lagi sekali.. leh tahan la aku gelak..klakar la bg aku. tak tahu la bg korang kelakar ke tak..

Lawak ni begini ceritanyer..

Pada suatu hari di dalam hutan diadakan pertandingan nyanyian...
pertandingan dimulakan oleh nyanyian si burung nuri... nyanyian dia sungguh merdu dan asyik..
selesai je burung nuri nyanyi then giliran landak lak nyanyi dan nyanyian dia pon bole tahan la... kemudian giliran si babi... bila dia nyanyi je semua binatang melarikan diri ... sambil berkata "OH TIDAK!!!".. kenapakah binatang semua lari?...

Sebabnyer ialah babi menyanyikan
lagu kumpulan HEADWIND - " KITA SERUPA "

hehe... manakan mereka sama... betul x?

Monday, November 10, 2008

RIBENA mengandungi ARAK?

Email Dari seorang kawan untuk info kita... so, apa keputusan di tangan kita.. kita yang menentukan.. (mcm Iklan apa ek.. aku lupa dah).hehe..bg yang hantu ribena tuh sila buat rujukan dan pengesahan selayaknya sebelum minum.

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan
rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah. Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah. Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya. Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi
* P/S: Sila Rujuk Link Direktori halal jakim untuk kepastian ttg tarikh luput,dan masukkan perkataan ribena dalam kotak maklumat dan search.

Wednesday, November 5, 2008

Penangan KARTUN..


LONDON: Seorang remaja menukar namanya kepada ‘Captain Fantastic Faster Than Superman Spiderman, Batman, Wolverine Hulk and The Flash.’

Nama yang memecahkan rekod kini dianggap nama terpanjang di dunia adalah idea graduan muzik George Garrat, 19.

Beliau menukar namanya menerusi surat ikatan menukar nama secara online berharga £10 (RM55.70) minggu lalu. ‘Captain Fantastic’ berkata: “Saya mahu menjadi unik. Saya mengambil keputusan menggunakan panggilan super hero.”

‘Captain Fantastic’ menyertai sekumpulan individu dengan nama panjang luar biasa termasuk ‘Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth’ Williams, budak perempuan dilahirkan di Texas pada 1984.

Remaja dari Glastonbury, Somerset, menambah, ketika beliau memikirkan mengenai nama barunya adalah ‘gila’, neneknya tidak lagi bercakap dengannya. - Agensi

p/s: Itu la kartun punya penangan.. hehe..susah nak ckp sb aku pon hantu kartun jugak..so bg yang ada anak kecik tu control la minat anak2 (mcm pakar motivasi lak).

Tuesday, November 4, 2008

Hepi Besday TO ME!

erm... ari ni (04.11.1981) genap la umur aku ke 27 tahun. Alhamdulilah syukur kerana dipanjangkan umur dan semoga dipanjangkan umur untuk besday yang akan datang...amin... Dalam umur 27 tahun, aku rasa hidup aku sudah lengkap bagi aku... walaupun aku ada kehilangan sesorang yang aku sayang pada pertengahan ramadan yang lalu... (sedihnyer bila ingat)... sayu...tapi aku kena tabahkan hati aku..hehe...aku ada tanggungjawab lain untuk dijalankan..
Bila diingatkan cepat masa berlalu... aku rasa kelmarin baru umur aku 18 tahun...hehe.. (perasan).Terima kasih pada kengkawan yang ucapkan besday kat aku hari ni.. ramai sungguh.. yang paling awal of course la isteri aku,.. then pepagi bukak ym rusdi, then khairul (khas dr cina)..hehe bawak balik hadiah baik punyer untuk aku ek..then kak ros, syima, nasri, asma kecik sape lagi ek... aku lupa la...sori.... so aku ucapkan all the best untuk aku la... hehe...hahaha...
Ops sebelum hari ni berlalu.. aku nak ucapkan terima kasih pada Rusdi @ Nasri (sb aku x tahu sape yang belanja) yang belanja aku KFC hari ni.. terima kasih bebanyak.. lain kali belanja lagi ek.. jgn tg besday aku je.. anytime pon bole..

Friday, October 24, 2008

Kebesaran ALLAH







































Kebesaran ALLAH - AL-QUR’AN sebagai satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. :-
Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, ANAI – ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun….keseluruhan kulit naskah Al Qur’an dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh ANAI – ANAI termasuklah ‘TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE DALAM BAHASA URDU’….. APA YANG MENAKJUBKAN ialah….anai-anai tersebut LANGSUNG TIDAK MENYENTUH ‘HURUF-HURUF ASAL AL-QUR’AN YG BERTULIS DALAM BAHASA ARAB’…….SUBHANALLAAAH !!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...