SELAMAT DATANG KE BLOG AKU.

Klik untuk derma kat aku...

RM0.30 sen Pon kedekut...apadaaaaaa...


Ni kisah Tandas awam la... Kalu sape yang perut tak sedap tu jangan baca!!!!. Kalu dulu nak masuk tandas awam kena bayar dalam RM0.20 Sen je. Skang kebanyakkan tandas dah kena bayar RM0.30 sen. Tapi itu bukan apa yang aku nak cite hari ni. Apa yang aku nak cite ialah sikap kebanyakkan orang kita la... Bila masuk tandas awam kena bayar je mesti banyak mengomel... contoh ayat yang aku selalu dengar "Tandas mcm ni pon kena bayar". Itu situasi yang selalu aku dengar & lihat la... tapi yang selalu sgt aku tgk ialah "mengelat" tak nak bayar. Malah ada yang sanggup tunggu, line clear baru nak masuk. Sebolehnya tak nak bayar kat makcik@pakcik yang duk jaga kaunter tandas tu. Banyak kali aku perhatikan perkara ni.

Kalu kat Shopping mall tu ye la... Bole la "berkira". Tapi kalau tandas awam yang kat luar. Kekadang buat aku terfikir jugak la apa sangat la RM0.30 tuh kalu nak dikirakan ngan jasa orang menjaga & membersihkan tandas awam tuh... Kalu kita tak nak basuh, syukur ada insan yang sudi. Tapi yang buat aku ralat ialah bila ada yang "melepas" tapi tak reti lak nak 'jirus' atau flush... memang kesian pada makcik@pakcik yang "membersihkan" tu. Berbaloi ke ngan RM0.30 yang di bayar tu?.... Pikir la sikit patutnyer, orang lain pon nak pakai jugak. Mcm yang aku kena kat masjid negara masa aku sembahyang jumaat 2 minggu lepas, ada sederet tandas cuma yang leh pakai cuma 2-3 bijik je... yang lain tersumbat atau ada 'kapal selam' timbul... aduyaiiii (kata Nabil). Mcm mana tuh...

Ni pengalaman aku travel balik kampung.. biasanya aku ikut Gua Musang la nak balik Besut dr KL. Biasanya aku akan singgah isi minyak kat Shell Gua musang. Sebelah dia ada tandas awam. Kalu dulu tandas tu tak de orang jaga. Nak masuk pon aku pikir 10 kali... kalu tak terdesak kompem aku tak masuk. Sejak kebelakangan ni ada la orang jaga... tahap kebersihan pon dah kira ok la... Mcm biasa la, kena bayar RM0.30... bg aku ok la, baik aku janji selesa dimasa akan datang. Tapi yang duk 'ngelat' tu bukan main ramai. Pening...pening... Nasihat aku la... JANGAN BIARKAN KAPAL SELAM ANDA TIMBUL... susah tau tak?????... orang lain pon nak pakai... BIAR KURANG CERDIK, TAPI JANGAN KURANG KESEDARAN SIVIK...

BEST...BEST..BESTNYER..

Mak ai, rasa mcm dah lama aku x update blog aku nih...apa cite terbaru aku ek... banyak cerita best le... terutama kehadiran ahli baru dalam keluarga aku... Alhamdulilah sampai juga hasrat untuk memilikki sepasang cahaya mata... aku skang pon ngah 'berpantang' jugak le... hahahaha.... sepanjang aku berpantang sorang2 kat kl ni (isteri berpantang kat kampung) kebosanan yang amat... rindu sgt pada diorg. Minggu depan lepas raya Haji diorang dah balik kl.. bahagia la kembali idup aku... tak sabar menunggu...


















Bestnyer Nura'isya Humayra tido..

Baru-baru ni Bos-bos aku belikan aku, macbook pro + broadband untuk kegunaan aku... so aku akan banyak keje kat umah je la... So aku ucapkan terima kasih kat bos-bos aku... Best... best.. bestnyer... YEPIIIIII!!!

JOM...JOM...



Jom Join... klik sini... bukan kena bayar pon... -----> catcheye

KERISAUAN MELANDA...


Aku ngah kerisauan yang amat skang nih. Terutama pasal anak aku yang x sihat. Smlm Kul 6 petang hantar anak aku p 'emergency' kat hospital selayang. Masa amik temperture tu nurse tu pn terkejut, tenperture 40.7 celcius. Aku pon terkejut, tinggi giler. Masa tu anak aku pon dah mcm restless semacam jek. Nasib baik le nurse kali ni agak prihatin le ngan masalah kami. Dia terus bg PCM kat anak aku & ikhtiar untuk di checkup secepat mungkin dan dia 'divert'kan ke tempat lain. Takdelah menunggu kat 'emergency' tuh. Lepas jupe doktor dia bagi ubat demam, antibiotik & TAMIFLU (in case ada H1N1).Baguslah jugak kalu mcm tu, takkan dah kena baru nak bagi ubat. Budak-budak ni senang dijangkiti sebab antibodi diorang lemah lagi, nasihat aku kalu anak demam tu jangan duk biar jek, nampak mcm ok tapi kita bukan tahu. Lain le jika anda doktor.

Tapi bila aku ingat satu kes dulu, kul 2.30 pagi, masa anak aku demam dulu, ngan keadaan anak aku tgh kejang, badan biru, tak response dan bila jupe nurse tu dia hanya bercakap tak pandang & pegang pon anak aku. Then selamba dia cakap " Anak saya pon demam mcm ni jugak, awak tunggu luar nanti bilik sebelah panggil". Masa tu aku & wife rasa mcm darah naik sampai kat kepala dah. Aku rasa mcm nak marah-marah jek, tapi aku sabarkan diri aku sb yang penting skang ialah anak aku. Aku kuar dari bilik treatment dalam keadaan bengang giler.... Tapi nasib baik la sebelum aku keluar rumah aku sempat capai ubat yang aku dapat masa g kinik swasta sebelum tuh. Then aku terus bagi ubat-ubat yang kami amik kat klinik. Duk le menunggu kat luar sampai le kul 4 pagi, masa tu anak aku pon dah 'response' & dah ok le sikit, baru lah dipanggil. Then doktor cakap kes ni serius bdk berumur bawah 5 tahun bahaya demam tinggi takut kena sawan. Aku rasa anak aku pon dah kena dah pon. Then dia terus hantar anak aku ke wad untuk checkup. Amik darah, air kencing & checkup semua la. Barulah bole balik. Masa tuh rasanyer dah kul 5 pagi rasanyer. Aku masih teringat-ingat lagi kes tuh sampai le hari nih. Wife aku pon nurse jugak, so dia pon x setuju ngan apa yang dibuat oleh nurse kat kecemasan tuh, tak membuat prosedur yang sepatutnya. Aku ingat-ingatkan dia juga jangan bersikap macam tu dalam berkerja. Tapi kita manusia, Kita bukan sempurna. Hanya ALLAH yang maha sempurna.

Malam tadi aku tido kejap je, sebab duk menjaga anak aku yang x sihat. Mata aku dah dok pedih dah nih.... Dalam bulan ni jugak, isteri aku ngah 'tunggu masa' je untuk kelahiran anak kedua kami. So aku dalam keadaan 'on call' le skang. So tahap kerisauan aku ni di tahap yang agak tinggi skang. Then hari ni 05 oktober, rupanya roadtax aku dah mati 04 oktober. Adoi!!!... tambah lagi kerisauan aku. Tadi aku bawak keta dalam keadaan yang paling mematuhi peraturan & keselamatan agar tidak di tahan oleh mana-mana penguat kuasa. Kan kena saman. Hr ni baru pejabat bukak... so kena le setllekan hari nih... nak kena setlekan insurans then aku nak srh je ejen insurans tu hantar kat aku. Malas aku nak kuar. Ngantuk!!!.

Masuk pejabat tadi anak buat aku lak MC. Adoi!!!.. ada job nak hantar kat customer hari nih. Terpaksa le aku 'take over'. Risau...risau...risau...

DEJAVU?


Hari ni aku rasa mcm berada dalam dunia 'dejavu'. Korang tahu x apa tuh dejavu?... aku pon x bape tahu. Tapi yang aku tahu dejavu tu seperti kita pernah berada dalam situasi yang sama sebelum ni, lebih kurang mcm tuh le... aku rasa macam keadaan sekeliling ngan apa yang berlaku seperti aku pernah alami. Pening sat... aku kebingungan. Adeh... aku rasa mcm serba tak kena. Aku x tahu korang pernah rasa ke tak situasi mcm nih... kalu pernah korang faham le keadaan aku. Bingung..bingung...bingung...

SALAM AIDILFIRI





Sempena Hari Raya yang bakal menjelma, aku ingin le juga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada pembaca blog ni, Saudara-mara, sahabat-sahabat. Mohon maaf dipinta jika ada tersilap bahasa. Aku pon petang ni nak balik kampung, tahun lepas x dapat balik so raya tahun ni excited lebih sikit le. Hua..hua..hua. So raya tahun ni kira sakan nyer la (nak cover tahun lepas punyer). Nanti dah balik cuti pokai le.. huhu... Aku mohon doakan le perjalanan aku ngan selamat. AMIN. Kalu ada wat open house tu jemput le aku ye. Insayallah aku sampai-sampaikan diri aku. Buat sahabat tu jemput-jemput le ke rumah. Kuih buat sendiri tu takde la ye. Suma kuih tunjuk (beli) jek. Yang penting niat ziarah tu... Bak kata orang "yang jauh kita dekat-dekatkan... yang dekat kita apa ek?... lupa le. So Semoga Aidilfitri anda tahun ni pon meriah la ye. Jangan lupa pakai 'mask' kalu anda tu demam atau nak melawat sedara yang x sihat. Beraya-beraya juga keselamatan & kesihatan diri kena jaga.

lawak & bengkek


Hari ni aku banyak keje urgent nak kena buat so aku mesej member aku suh bukak opis awal sb dia je ada kunci. Dalam kul 7 lebih aku gerak dari umah. Dalam on the way p opis.. perut lak sakit... Dalam hati aku time nak cepat, time ni le perut buat hal... so aku pon mencari la pam minyak. Sampai kat kat minyak ingat nak 'melabur' le, sekali ramai plak orang kat toilet. Ramai plak 'mangsa' mcm aku pepagi mcm ni... 2 bilik air semua penuh... duk le aku nunggu kat luar menahan perut. Then tetiba datang apek, dengan selamba jek dia kerkata: " Manyak laku toilet, pagi-pagi sulah penuh. Bulan posa ni ramai orang datang toilet... lu orang dalam bilik air tak posa ke"... tulah ayat apek tuh... aku terpinga-pinga memikirkan maksud kata-kata apek tuh.

Then aku bau rokok... baru aku paham ni mesti ada orang merokok kat dalam toilet dan sah le kalu org islam, x posa le tu. Then kuar la sorang mamat melayu nih... dia lalu sebelah aku, then sah bau rokok... aku pon masuk le bilik air... memang bau rokok. Dalam Hati aku ceh! tak posa. Semenjak aku dah stop smoking, ni hidung aku kuat menghidu rokok. Walau kekadang time lepak ngan member aku pau gak sebatang... hehe. Tapi aku sekadar suka-suka, dah 2 tahun aku benti. Memang tak de kesan pada aku untuk merokok kembali. Insyallah. Yang x best nyer bila aku kuar dari bilik ... bau rokok satu badan... sampai le skang ada bau lagi sket-sket. Hampeh!.
Aku pon x faham le nape le diorang ni sanggup tak posa...

Yang bengkeknyer, bila sampai opis, opis x bukak lagi... adoi... aku dah le ada keje urgent. 15 minit jugak le aku nunggu. Bengkek le jugak... tapi aku agak bukan salah member aku tu yang lewat. Ni mesti kes housemate yang lewat...

SEMOGA BERKEKALAN...


Hari ni 18.8.2009 - Genap 3 tahun usia perkahwinan aku dengan isteri aku yang tercinta, ye mungkin usia perkahwinan kami 'setahun jagung' kata orang tua-tua. Tapi aku bahagia dengan kehadiran seorang insan yang bergelar isteri, seorang bdk kecik yang membahasakan diri dia 'acap' (singkatan untuk asyraff) dan sedang menghitung hari kelahiran putera@puteri kami yang kedua (sebab x scan jantina lagi).

Dulu masa awal aku nak kahwin dulu, aku selalu berfikir bole ke aku nak jaga anak orang ni... ilmu bab rumahtangga pon x de. Berkahwin bukan semudah ABC, banyak tanggungjawab yang kena pikul sebagai lelaki atau ketua keluarga. Alhamdulilah aku mengumpul pengalaman perlahan-lahan, perkara pertama yang aku buat ialah keluar dari keluarga agar kami dapat mencorakkan hidup kami sendiri.. biar kami menguji diri dan janji susah senang bersama... Di awal perkahwinan memang banyak dugaan di atas kekurangan pengalaman. Banyak benda yang kena belajar ia seperti contoh bekerja dalam satu syarikat, ada akaun, pentadbiran, ada ketua, ada penolong ketua, ada anak buah, dan macam-macam lagi. Kalu dalam syarikat tu ada la orang yang pakar menguruskan. Tapi dalam keluarga pon ada mcm syarikat jugak. Nama Syarikat itu ialah syarikat SUAMI & ISTERI SDN. BHD.

So suami akan menjadi ketua, isteri secretary, suami head Account, isteri asst. account... mcm tu le seterusnya... Mendapat seorang anak sama le mcm mendapat seorang staff, kalu sepuluh orang anak sepuluh orang le yang nak kena di uruskan... ermmm.... Hehe macam mencabar kan?... x pe aku suka pada cabaran... hidup tanpa cabaran bg aku 'Tak Thrill le'. hehe...

Oleh kerana pengalaman aku pon sikit so aku pon nak tulis sikit je la... hehe... aku hormat pada yang 'senior' (yang dah kahwin lama). Apa yang aku bole wat conclusion ialah jika kita mencorakkan perkahwinan kita ke arah yang indah, insyallah dengan kehendak Allah indah le jadinyer... Perkahwinan bagi aku "BEST & MENCABAR".

So buat isteri aku yang tercinta... aku ucapkan SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KETIGA. SEMOGA KITA BERKEKALAN.. AMIN

Kenapa perlu begitu?

Ni kisah aku nak kongsi le, aku ada seorang kenalan... kami duduk berdekatan, so kalu ada masa tu duduk le besembang, kalu x de masa atau dr jauh tu angkat-angkat le tangan... baru-baru ni dia join satu MLM ni... so nampak succes le, dia pon ajak aku join. Aku ni susah nak bagi komitmen ngan keje aku mcm ni, so terpaksa la aku menolak... Dia mcm 'bengkek' jugak le ngan aku. Dia kata aku x support dia. Masalahnyer nak join MLM ni kena buat loan... nak kena pergi kelas. Tu yang aku x de masa & komitmen tuh...

Baru-baru ni dia amik keta baru "Toyota Alphard"... So dia nampak berjaya le... sejak dr tuh kalu nampak aku pon dah x angkat tangan. Apatah lagi nak bersembang, so aku buat 'donno' je la, mgkn dia sibuk ke apa ke.... then kebetulan petang smlm lepas amik anak kat nursery, sebelum masuk umah lalu la mamak jual roti. Anak aku pon nak le beli jajan so aku pon layan, dalam duk beli tuh tetiba nampak le kenalan aku tu datang ngan tangan anak dia menarik dia (dia x nak datang tapi anak paksa le kot). Aku pon bagi le salam & hulur tangan salam, lepas dia salam ngan aku jek dia terus tarik anak dia... then blah...

Dalam hati jahat aku berkata le jugak... dah kaya kerek plak... (haha.. jahat tul aku). ntah dia nak sakit perut ke.. apa daaa aku... hehe

Then aku berfikir le... kot ye pon dah mewah jangan la eksen... kang Allah 'tarik balik'. Rezeki tu dr Allah...

Yang terbaru aku pergi ke Johor melawat sabahat lama... kisah yang sama terjadi kat sahabat aku kat sana... Diorang ni kawan baik, beli umah pon sebelah-sebelah. Yang sorang join MLM, ajak sorang lagi. Tapi x nak... So sabahat aku pon cite la.. "sejak dia mewah ni aku pon dia x pandang. Macam x kenal la".

So kenapa mesti begitu?... adakah orang melayu kita je begitu?. Bila mewah atau berpangkat... kawan yang dulu baik menjadi lawan... entah la labu...

AKhirnya Tiba Juga...

Yahoooooo!.... dapat jugak aku balik kampung petang nih.. insyallah kursus aku yang kensel hari tuh akan diadakan besok... so dapat la aku balik kampung.. excited?... aku x le se- excited mcm 2 minggu lepas,... huhu... aku dah le keje pagi ni.. ptg ni nak drive ke kelantan... wah! mencabar tuh... drive sorang2 plak... so jap g after lunch aku nak balik tido jap... so bole le rest (hope-nyer ler). Aku ni kalu nak tido siang memang susah sket... ada pape petua ke nak senang tido siang?... share le ngan aku... hehe...

Ok la, aku nak setlekan kejekeje sket, x elok tinggal keje yang terbengkalai... hope anak buah aku leh continue job, jika ada... :-)

HANGIN.. HANGIN...*&^%$#@

Apa yang aku hangin kan nie?.... aku hangin ler.. patut nyer skang aku dah kat K.Bharu g kursus... tapi kursus kena KENSEL.... atas faktor2 keselamatan... kursus tu patutnyer bermula hari 15.7.2009 - 19.7.2009... (14hb pilihanraya kat Manek Urai). Kursus tersebut terpaksa la dibatalkan kerana ada kura-kura.. ops, ura-ura mengatakan ada demontrasi... so terpaksa la ditangguhkan kepada 29.7 - 2.8.2009...

So kenapa aku hangin?.... kampung aku kat besut, ngan KB tu dalam 45 minit jek... kat kampung lak doyan ngah luruh... ayah aku dah call tanya bila nak balik... isteri aku pon dah mintak cuti seminggu, leh hantar dia balik kampung... dia dah la nak mintak cuti susah (keje Shift Spital). so dia lagi excited dr aku... x best le tengok dia kecewa... walaupon aku kecewa gak...

Tapi... aku pikir balik... nak g kursus atau nak balik kampung (hehe... sambil menyelam minum air). betul x?... tapi takut gak kang apa yang dikursus kan kat aku x dpt 'GRAB'... mgkn jugak ada hikmah di sebaliknya...

Tapi aku tetap nak HANGIN gak... lantak aku...

APA ADA DENGAN GEMBIRA & TENSEN



















Lama sungguh
aku x update blog nih.... so aku nak story pandangan aku tentang tajuk di atas. Sebelum tu ni situasi yang aku create untuk memahamkan kita tentang tajuk di atas.

Situasinyer:
Si A dalam keadaan tertekan, pening, tensen, bengang, marah, banyak kerja dan sebagainya... so dia mengharapkan kesunyian, di ambil berat, paling tak pon memahami jer sudah cukup...
tetapi dalam masa yang sama ada kekawan atau ahli keluarga yang lain sedang bergembira... so kegembiraan tu didengari oleh si A... So apakah perasaan Si A?

Pandangan aku:

Si A jika berada dalam situasi ibarat kan seperti bom jangka yang akan meletup... Sebab bila-bila masa dia akan meletup... tetapi cara yang meletup itu bergantung dengan individu itu sendiri bergantung pada keadaan, pangkat, usia & faktor lain... jika seorang bos, dia akan meletup dengan anak buah dia, jika seorang ayah atau ibu, pada anak-anak mgkn... seorang kawan kepada kawan yang lain... mgkn...

Adakah betul dan berhak seseorang untuk memarahi kegembiraan orang lain jika kita dalam dalam keadaan tertekan.... orang lain tak tahu apa masalah yang kita alami, jika nak di imbau aku sendiri pernah mengalami keadaan seperti Si A lebih 12 tahun lepas. Di kala aku tgh tertekan dan tetiba terdengar orang bergelak ketawa menimbulkan rasa lagi tertekan dan bengang yang amat... kerana kita megharapkan seseorang menghormati keadaan kita... aku juga manusia biasa, pengalaman tersebut membuatkan aku berfikir panjang walaupon hal tersebut dah lama berlalu... tetapi bila kita melihat situasi orang lain dalam situasi kita dulu, mengimbau sejarah yang lalu....

Bagi pandangan aku ialah banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang dalam keadaan itu... antaranya contoh ialah... keluarga... Jika sebuah keluarga melihat Si A tertekan... semua ahli keluarga menghormati keadaan dia. Ahli keluarga turut bersedih dengan keadaan Si A. So dia akan AMAN tetapi jika di pejabat atau dengan kekawan... yang mana manusia pelbagai karenah... apa yang akan terjadi... mgkn 'BOM' yang bakal meletup... mgkn. Tidak di nafikan ada juga yang dapat mengawal perasaan dengan cara yang berhemah... so itu lah yang terbaiknya...

Walau sehebat mana manusia di akhir zaman ini.. jika dia tertekan, akan terlihat keresahan di wajah, tingkahlaku dan perbuatan... sama-samala kita berfikir...

Kenangan...kenangan...



Baru-baru aku jumpa balik beberapa orang sahabat lama masa study dulu... Geng GRAPHIC DESIGN DRG6 (Politeknik JB) dan nor telah dengan murah hatinyer berkongsi gambar group ni... gambar ni aku rasa mcm aku pon ada... tapi di mana ye... aku lupa dah mana aku letak... maklumle dah lama kan... rasanyer dah hampir 7 tahun berlalu kot... antara sahabat ada yang dah jadi art director skang, yang jadi manager, senior designer, tauke, fotographer... yang kahwin pon ramai... tu yang aku sempat amik tahu le...

Dimana aku selepas 7 tahun berlalu?... erm... berbanding ngan sahabat, aku agak ketinggalan le... apa yang pasti aku teringin jugak nak jupe diorang ni suma... agak-agak bile le kami boleh reunion balik.... gambar ni kira nostalgic le bg aku...huhu... terkenang sungguh aku kat memori-memori lama...

Berapa lama Kita dikubur?

Artikel yang menarik untuk di kongsi....buat aku terfikir sejenak... sama-sama la kita muhasabah...

Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet.


Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya.

Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915:
20- 01-1965"

"Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya...

"Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ... "

Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana . Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910"


"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya. "Memangnya kenapa ndhuk( anak perempuan) ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya. "Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?"


Ayahnya tersenyum, "Lalu?"
"Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun dong yah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya nggak yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek.

Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur .... Lalu Ia menunduk ... Meneteskan air mata...


Kalau Ia meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun?
’Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un’ .... Air matanya semakin banyak menetes, sanggupkah ia selama itu disiksa?
Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi?
Tahankah? padahal melihat adegan pameran dipukuli masa di tv kemarin ia dah tak tahan?

Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya naik turun tak teratur.... air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya…

”Allahumma as aluka khusnul khootimah”.. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani.

Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan Bambu. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya arti sebuah kehidupan... Dan apa yang akan datang di depannya...

"Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

HARI TERAKHIR...


Hari ni kira hari terakhir aku keje kat galeri... erm.... hampir 4 tahun jugak aku keje kat sini.. hehe.. lama gak tuh... tapi ye la... semoga hijrah aku di masa sukar ni (ekonomi meleset)... harapnye ada rahmat la yek... ye la... kurang sikit kos syarikat bila aku x de... tapi aku tambah kos syarikat tempat baru lak... hehe.. tapi ramai kekawan yang lebih perlukan... so hope bos bayar la apa yang tertunggak tu ek...hehe... Selepas hampir 4 tahun keje kat sini... rasa hati tu berat jugak le nak pergi... (sedih la plak)... ye la... mcm-mcm ada... kalu nak cite panjang... so bg yang tahu & memahami bagus ler... bg yang x tu, korang pikir la sendiri... hehe... erm....perasaan x puas hati aku selama ni pon aku dah tutup... kira bukak buku baru le... so kalu aku salah tu mintak ampun maaf la ye... ada umur kita jupe lagi... yang rapat tu jangan jauhkan diri... yang jauh tu rapatkan diri... bak kata orang... So rasanyer aku x sempat ler nak jupe semua orang hari ni... bos aku pon x de sb bertugas kat pesta buku... kalu ikutkan hati nak le jugak bertugas kat sana... nak menyumbang saat akhir... tapi ye la... sape ntah buat jadual x letak nama aku.. hampeh tul... hehe... (jangan marah pembuat jadual). So apa nak buat... kalu ada elaun lebih tu belanja la aku yea.... Yang datang akan pergi... begitu jugalah aku... buat sahabat-sahabat. POJ & EN ABU... maaflah ye keje korang makin bertambah dengan ketiadaan aku... tapi 'KIRA OK' (en.Wan pinjam sat ek) ler aku x pergi sebelum pesta buku. kalu ada anis & asuh lebih tu kasik le aku satu...hehe. Buat syima kecik, terima kasih le bg aku kepercayaan untuk buat asuh... kak ros - steady ek... Chai yok! terima kasih team majalah, team buku... en wan - (the 'kira ok' man) En wan memang best le... cayalah, team pemasaran... team admin... team apa lagi ek?... ops! team aku sendiri pon lupa... sori.. last team DTP... teruskan perjuangan anda. Rasanyer sampai sini jek perjuangan aku, aku beri sokongan dari jauh.. insyallah... SALAM

err...err...

erm... rasa mcm lama gak aku x buat posting kat blog aku ni... aku bz sket kebelakangan ni... tapi hari ni aku tgk satu video kat youtube pasal susan boyle... mgkn korang pernah dgr... apa yang menarik ialah betapa manusia memandang luaran, pandang sinis yang ditunjukkan. tapi....

apa kata korang tgk la video nih...

http://www.youtube.com/watch?v=RxPZh4AnWyk

Moralnyer: jangan le pandang orang tanpa tengok kebolehan yang ada pada orang tersebut.

JALAN-JALAN LAGI...


Baru-baru nih aku dapat le jejalan lagi.. kali nih jauh sket arr... dapat le kenal negara orang walaupon seberang jek... aku pergi pon atas urusan keje kan... nak jejalan banyak pon x bole.. apatah lagi menggunakan matawang yang main ribu-ribu ni wat aku pening la... pening nak convert kat duit malaysia nih... aku dah le lama tinggal matematik.. nak refresh balik tu take time gak la..hehe... apa yang menarik kat jakarta ni ialah budaya keje diorang la... sb hidup susah kan kat sana.. only the best je bole survive...walaupon keje guard tapi keje tip top... servis diorang bagus... masuk kedai buku dah mcm masuk hotel 3 bintang punya layanan...

Yang paling susah lak.. bab makan la... nak makan pon kena tgk bebetul la... 3 hari berturut-turut aku makan nasi padang jek...sampai sakit perut aku...tapi sodap....

kalu korang nak best shopping korang g shopping kat mall untuk kelas atasan la... best wooo.. tandas pon cun abis.. free lak tuh... servis tip top...harga leh tahan...

kalu ikutkan aku, banyak la aku nak cite.. tapi kalu aku cite suma nanti korang x best lak bila nak kesana nanti... ahaks!.. so kalu nak dpt feel mcm aku dpt korang pergi la sendiri...

LAWAK...LAWAK...

KUDA RAJA

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya.
Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.
Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian... makin egolah raja sorang ni.
Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya "Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?" maka dengan selambanya budak tu berkata "Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.
Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu. "Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala.
Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.
Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata, "cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya! "Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?" Dengan selambanya budak tu jawab "Nak kena jentik lagi...??"

MARI...MARI..KERAWANG CUN


Hari ni aku nak jual kerawang yang cun-cun...
kalu berminat sila tinggalkan email anda pada ruangan komen atau email kan pada aku. anuar.m.yasin@gmail.com. Nanti aku akan follow up...





















HARGA: RM30 Sahaja.


SAPEKAH MANGSA AKU?

Hehe.. klakar tul... smlm aku balik keje awal sb ade hal sikit... dah selesai urusan aku, aku terpandang la anak aku (a.k.a small kids). Rimas aku tgk rambut dia... plus aku pon tension ngan keje yang banyak kat opis tuh.. kira nak lepas geram ler... sian dia jadi mangsa keadaan..hehe... sblm ni aku sengaja simpan kasi nampak mcm 'rangga' sikit... ingat aku nak potong sikit jek.. then sampai kedai gunting rambut tu, aku lak berubah fikiran... alang-alang aku potong sikit baik aku botakkan jek..hehe.. Apa lagi aku bgtau je la kat 'mapele' tuh... 'kasik tapak dua potong'... then korang tgk la ni hasilnyer... Lepas tuh aku tgk dia pon nak gelak.. klakar + comel + kesian... Dia lak sepanjang malam asyik duk gosok kepala jek... terhibur aku malam td dengan gelagat budak botak...

Blog Widget by LinkWithin

Copyright © 2008 - @nu@r - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template