Monday, February 11, 2013

Zombie Menganas!!


Aku tengah 'demam' tengok cite ni sekarang ni. Sekarang dah Season 3, Season 1 & 2 memang dah khatam arr. Memang best le cite ni, kalu tengok malam sorang-sorang seram wooo.. Pastu banyak pulak adegan-adegan 'suprise' ni. Kalu tak ready boleh menjerit sorang-sorang. 

Cite ni diorang tak bagitau apsal zombie ni semua wujud, tau-tau semua dah jadi zombie. Fan semua gila duk meneka la kenapa zombie ni wujud. Aku pun terjebak le jugak duk fikir apa sebab zombie ni, lama-lama malas aku nak pikir.. Buat penat otak aku je. Kalu budak bawah umur pergi main jauh-jauh, Ni cite (18PL) ekstrem abis. Korang pergi la main TETRIS ke, main pondok-pondok ke.. hahaha..

Part 2, Season 3 baru je start malam tadi kat US selepas stop kejap bulan November tahun lepas. Pasai apa, aku tak tau la pulak kan. Saje nak bg 'Fan' meleleh tunggu, hampeh betul!!.. Tapi kat Malaysia ni kena tunggu lagi la, kalu kat fox channel (astro) memang tak kuar lagi la. Nampak gaya kena download @ tengok streaming le. Aduh, meleleh nunggu nak tengok cite ni...

Ni trailer cite ni--> http://www.youtube.com/watch?v=GJRNHAJAcYg

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...