Thursday, February 14, 2013

Duit Rakyat??

Dah dekat nak pilihanraya ni, aku pon sibuk le nak mengulas pasal pilihanraya. Bukan apa, aku tertarik dengan satu komen kat satu page pemimpin politik. Komennya berbunyi begini.

" Yang korang duk bising-bising pasal duit rakyat, korang tu menyumbang ke?. Gaji korang bukan kena cukai pon! ".



Aku duk pikir, memang aku gaji aku ciput, tak dikenakan cukai pendapatan pon. Tapi... aku fikir lagi, abis tu kenapa aku dikenakan 'GOV TAX' bila aku pergi makan kat KFC, Pizza Hut, Bil ASTRO, Bil Telefon & pelbagai lagi la. Aku bagi kat sape 'Gov Tax' tu?. Takkan la penyedia perkhidmatan amik kat diorang kot atau sesaje nak charge Gov Tax kat pelanggan.

Kalau dah nama pon 'Gov Tax', maknanya kerajaan la yang dapat duit tu. Maknanya jugak, aku pembayar cukai la. Betul tak?. Kalu macam tu kerajaan kenakan cukai ke atas aku melalui pihak kedua la. Kalu macam tu banyak la jugak aku duk bayar 'Gov Tax' ni. sebulan mau RM30.00. Daya 'risikan' aku untuk menyelidik kes ini memang terhad la. Sape yang nak layan soalan-soalan dari aku ni.

Maknanya sesapa yang membayar Gov Tax tu berhak bersuara la... kan..kan?. Nampak gaya lepas ni nak elak bayar "Gov Tax' kena makan kat restoran yang 'biasa-biasa' je la.

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...