Wednesday, September 30, 2009

DEJAVU?


Hari ni aku rasa mcm berada dalam dunia 'dejavu'. Korang tahu x apa tuh dejavu?... aku pon x bape tahu. Tapi yang aku tahu dejavu tu seperti kita pernah berada dalam situasi yang sama sebelum ni, lebih kurang mcm tuh le... aku rasa macam keadaan sekeliling ngan apa yang berlaku seperti aku pernah alami. Pening sat... aku kebingungan. Adeh... aku rasa mcm serba tak kena. Aku x tahu korang pernah rasa ke tak situasi mcm nih... kalu pernah korang faham le keadaan aku. Bingung..bingung...bingung...

Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFIRI





Sempena Hari Raya yang bakal menjelma, aku ingin le juga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada pembaca blog ni, Saudara-mara, sahabat-sahabat. Mohon maaf dipinta jika ada tersilap bahasa. Aku pon petang ni nak balik kampung, tahun lepas x dapat balik so raya tahun ni excited lebih sikit le. Hua..hua..hua. So raya tahun ni kira sakan nyer la (nak cover tahun lepas punyer). Nanti dah balik cuti pokai le.. huhu... Aku mohon doakan le perjalanan aku ngan selamat. AMIN. Kalu ada wat open house tu jemput le aku ye. Insayallah aku sampai-sampaikan diri aku. Buat sahabat tu jemput-jemput le ke rumah. Kuih buat sendiri tu takde la ye. Suma kuih tunjuk (beli) jek. Yang penting niat ziarah tu... Bak kata orang "yang jauh kita dekat-dekatkan... yang dekat kita apa ek?... lupa le. So Semoga Aidilfitri anda tahun ni pon meriah la ye. Jangan lupa pakai 'mask' kalu anda tu demam atau nak melawat sedara yang x sihat. Beraya-beraya juga keselamatan & kesihatan diri kena jaga.

Wednesday, September 9, 2009

lawak & bengkek


Hari ni aku banyak keje urgent nak kena buat so aku mesej member aku suh bukak opis awal sb dia je ada kunci. Dalam kul 7 lebih aku gerak dari umah. Dalam on the way p opis.. perut lak sakit... Dalam hati aku time nak cepat, time ni le perut buat hal... so aku pon mencari la pam minyak. Sampai kat kat minyak ingat nak 'melabur' le, sekali ramai plak orang kat toilet. Ramai plak 'mangsa' mcm aku pepagi mcm ni... 2 bilik air semua penuh... duk le aku nunggu kat luar menahan perut. Then tetiba datang apek, dengan selamba jek dia kerkata: " Manyak laku toilet, pagi-pagi sulah penuh. Bulan posa ni ramai orang datang toilet... lu orang dalam bilik air tak posa ke"... tulah ayat apek tuh... aku terpinga-pinga memikirkan maksud kata-kata apek tuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...