Wednesday, April 21, 2010

Mind Setting...


Salam bahagia buat semua... lama betul tak update blog nih... baik aku meneruskan cerita seperti tajuk di atas.

'Mind Setting'... kita selalu berkata pada orang yang 'mind setting' orang ni mcm ni, yang tu mcm tu... tetapi mcm mana pula kita punya 'mind setting'?... betul sangat ke?. Bila Seseorang berkata, kita mengatakan 'mind setting' orang tu yang kurang betul.. tetapi jika perkara sama sebaliknya berlaku adakah 'mind setting' kita betul ketika itu?...



Persoalannya setakat mana kita tahu apa yang ada dalam fikiran orang sebenarnya?. Kita Bukan diciptakan dengan kebolehan 'psikik power' atau 'mind reader' yang membolehkan kita membuat statement tentang seseorang. Kita mengatakan kita memahami seseorang, tetapi sejauh mana sebenarnya....ego orang kita boleh kenal. tetapi bagaimana dengan ego sendiri?... Semua kata orang dipandang sepi, cuma kata kita nak didengar... adakah 'mind setting' kita yang perlu dinilai juga?.... kita telah membuat keputusan, then meminta pandangan tentang sesuatu keputusan yang telah dibuat, apa yang orang lain boleh buat agaknya... mungkin yang lain akan terpaksa ikut... kerana keputusan telah dibuat. Jika kita bagi pandangan pon belum tentu diterima. Jika diberi pandangan pon, akan sentiasa ada 'point' untuk dibalasnya. Ramai orang bila berada di situasi begini akan hanya mendiamkan diri atau terpaksa mengikut. Termasuklah aku jika dalam situasi begitu...

Kebanyakkan orang lelaki, jika ada sesuatu isu akan habis di situ saje. Tetapi ada juga yang suka memanjangkan cerita. Bercerita tentang peribadi orang yang kononnya difahami dan dikenali. Mengatakan 'mind setting' orang tu begitu dan begini. Tetapi sebelah pihak lagi hanya mendiamkan diri & bersabar. Adakah perbuatan kita 'halal' perbuatan orang lain salah?. Aku selalu mengingatkan diri, yang ada orang bersabar, melayan dan diam dengan karenah kita. Dan aku sendiri banyak kali mengambil pendekatan sabar & pendam jek bila kejadian yang tak di ingini berlaku. Adakah ini 'mind setting' aku?. erm...

Aku selalu di dalam situasi di mana bila aku berkata-kata walaupon betul, akan ada 'point' yang akan dibalas. Adakah ini kerana 'mind setting' seseorang yang tidak suka kalah?. Walau apa yang kita kata, dia bagi 1000 'point' pada kita. Bagi aku, jika nak dicari point mengikut pandangan akan 10 tahun tidak ada penyelesaiannya. Bila aku berada di dalam situasi ini, aku akan mengalah sebab aku malas nak bertengkar & membalas 'point' kerana aku tahu aku tidak akan menang melawan 'ego'. Kerana beberapa perkara seperti ini lah menjadikan aku semakin pendiam dan menjadi pendengar.

Inilah susahnya bila diri kita dinilai oleh manusia yang lain. Sesetengah orang merasakan dirinya selalu betul dan tidak pernah salah. Tetapi jangan lupa mungkin ada orang nampak kesalahan, kekurangan kita tetapi hanya mendiamkan diri. Mungkin kerana sabar, hormat, malas nak kecoh, malas nak amik 'port', menjaga nama baik kita atau sebagainyalah...

Akhir kata jagalah 'mind setting' & 'ego' anda.... hahahahahaha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...