Tuesday, February 3, 2009
SAPEKAH MANGSA AKU?
Wednesday, January 28, 2009
Jom pekena NASI KANDAR

Oleh kerana raya cina aku tak balik kampung... aku pon dah bosan duk umah... jalan pon tak jem, perut pon tgh kosong...tengahari lak tuh... so alang-alang aku kat taman tun dr ismail... (tempat area opis lama aku). Makan kat MAKBUL nasi kandar ler... dah lama aku x datang nih... dulu selalu lepak ngan bebdk opis kat sini... sejak dah jauh tu x leh la nak lepak sini dah. so lepaskan rindu la kot (ahaks!).so korang layan je apa yang aku makan... hehe.. kalu nak rasa, g makan sendiri.. sendiri bayar...sendiri order... sendiri cekik... hehe... nasik kandar dia bole tahan la bg aku la... bg org penang @ kedah tu aku x tahu la... mana tau korang jupe yang lagi best... so LAYAN...
Saturday, January 10, 2009
CHECK SAMAN JPJ

Salah seorang sahabat aku bg la link ni untuk check saman JPJ... so sape yang rasa ade buat salah kat jalan raya tu silakanlah check.. mana tau ade saman...
klik sini ------> CHECK SAMAN JPJ
Wednesday, January 7, 2009
UCAPAN SELAMAT
Kat bawah ni aku dpt email dari seorang sahabat... so kita renung-renung & fikirkanlah... (hehe... mcm pakar motivasi la plak)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.
Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM).
Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM),
tetapi maksud Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Jesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad.
Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Jesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?
Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wednesday, December 24, 2008
MAYBANK PENIPU?
Hari ni aku terima satu email seperti attachment kat bawah nih... aku pon x sangka aku gak hampir menjadi mangsa... sebelum ni aku pernah dengar la pasal org hilang duit kat maybank bila dia login pakai link yang dia amik dari email...
mengikut yang aku pernah baca amaran oleh pihak maybank ialah jangan sesekali login melalui link yang diemel kepada kita.So aku nasihat korang pon berhati-hati bila terima emel mcm ni..
Pesanan aku ialah sila login di website maybank sahaja bagi menjamin keselamatan duit kita.. hehe... adios.

Kat bawah ni aku amik kat website maybank... info sikit pasal warning yang telah dikeluarkan untuk pengguna maybank2u.
Beware of phishing site
Never click on attached or external urls leading to Maybank2u.com as it may be a link to a fake site.
Security AlertPlease continue to be alert against any emails requesting you to update your particulars or log in into Maybank2u via any email link. Our URL is http://www.maybank2u.com.my and you should be suspicious of any e-mail that informs you otherwise. Maybank does not send out any e-mail or SMS requesting customers to provide personal banking ID or PIN or credit card information. We advise customers not to log in to any website links contained in e-mails.
Welcome to the all-new, all-you Maybank2u.com!
We're sporting a new look but our URL remains the same, which is http://www.maybank2u.com.my, and you should be suspicious of any e-mail that informs you otherwise. Maybank will never send out e-mail or SMS requesting customers to update their profile, provide banking ID or PIN or credit card information.
We advise customers NOT to log on to any website links contained in e-mail. Don’t be fooled if you receive such e-mail or SMS messages. They are intended to “phish” your Maybank2u.com ID and banking information. If you login and provide your personal information, you may discover that you are the victim of a financial scam. Always type in the url www.maybank2u.com (or bookmark it) and also logout after performing your transactions.
Report Phishing
If you suspect that you have been tricked into giving your ID and Password at a fake web site, change your password immediately by directly logging in through http://www.maybank2u.com.my. You should also report the phishing web site or e-mail.
Thanks to the cooperation of our customers and our support team, we have managed to identify FAKE email. Please DO NOT click on these and any other url links to Maybank2u.com sent to you by email under any circumstances. Here are the latest URLs:
- http://www.linked2u-service04.com/Maybank-Online.htm
- http://qpsimages.com/smspro/templates_c/style2/may_server_migrate/Maybank-Online.html
- http://qpsimages.com/smspro/templates_c/xml/migrate_server/Maybank-Online.html
- http://59643.webspace.by.clanserver4u.de/vwar/images/maybank.my/secureonline/mbb/mbb_login.jsp.htm
- http://www.mtrq-location-m2u.com/Maybank-Online.htm
- http://comtechservices.net/phpforms/layouts/html/may_new_server/Maybank-Online.html
- http://hillel.ru/fsu/new_security_server/Maybank-Online.html
- http://www.2008m2u-team.com/Maybank-Online.htm
- http://www.intel-may2u-security.com/Maybank-Online.htm
- http://hillel.ru/include/new_secure_server/Maybank-Online.html
Monday, December 15, 2008
iklan dulu-dulu

Hehe.. aku dapat email ni dah lama la... hari ni duk delete email lama-lama aku jupe email nih.. klakar pon ade bila tgk iklan dulu-dulu.. masa tu aku pon lum lahir lagi la.. hehe... bg orang yang lahir sebelum aku mungkin sempat la tgk iklan ni... kira aku refresh memori orang lama la nih.. cuba korang tgk iklan sunsilk tuh.. lama tuh.. sampai skang pon ade lagi.. leh tahan la diorg nih leh bertahan sejak dari dulu lagi.. hehe..
P/S: kalu x nampak klik pada gambar
Monday, November 24, 2008
Congratulations...

Aku ingin mengucapkan tahniah kat ecah kerana berjaya menjawab soalan yang aku kemukakan... mesti la ade hadiah bg soalan aku tuh.. aku saje je x nak inform... bg suprise..hehe.. hadiah nye ialah ecah boleh pilih mana-mana sebuah buku company aku...aku bayar...( sila rujuk web ni. www.galeriilmu.com.my ). hehe... pandai aku ek.. dalam masa yang sama promote buku opis aku & senang ckit aku nak beli...hehe...
So tahniah buat ecah...
Friday, November 21, 2008
Kalu terer JAWAB ni..
Tiga sahabat menyewa hotel dgn harga RM30 (maka mereka perlu membayar RM10 seorang)
Namun, tuan punya hotal kembalikan semula RM5 kepada mereka
Maka, jumlah sewa menjadi RM25
Pekerja hotel tersebut hanya memulangkan RM3 saja kepada mereka sebab senang dibahagi,dan RM2 di ambil olehnya...
Apabila diberi RM3, mereka membahagi seorang RM1 dan jumlah bayaran sekarang bagi seorang ialah RM9..
Yang menjadi persoalan sekarang ialah...RM9 x 3 = RM27..
RM27 (duit yang diberi) + RM2 (duit yang diambil pekerja) = 29...
Soalannya ialah...
DIMANA HILANGNYA SERINGGIT LAGI DUIT MEREKA????
Tuesday, November 18, 2008
Nombor BERTUAH

Hehe..tanpa aku sedari keta aku dah mileage dia dah 20000 km rupanyer...hehe.. yela semenjak kehilangan motor kesayangan aku kerana di curi pencuri aku kena la dtg keje naik keta..walaupon aku x berapa gemar, ye la ngan jem, minyak pon leh tahan la...kalu rm50 tuh kena telan ngan 1.6 rasanyer 3 hari jek.. kalu sebulan bape tuh?... nasib baik la harga dah turun lagi ari ni...hehehe..bagus2.. kalu dpt turun lagi aku rasa lagi bagus...hehe..
Masa aku nak kuar makan tadi aku baru terperasan angka tersebut.... adakah ia bertuah?... erm.. yang pastinyer 21000km nanti aku kena g servis..erm..duit tuh..hehe.. 20000 apa makna pada aku?... kalu dpt duit rm20000 pon ok gak...hahahahaha.. leh la aku bayar muka beli ghomah ker, motor lagi 4 ke leh aku gilir-gilir tiap hari. (mak oi jauh berangan nyer aku.)..hehe..
so korang pon pikir la apa makna 20000 pada korang.. hantaran kahwin RM20000 ker, nak beli keta harga RM20000 ke, korang pikirkan la,... hehe..kalu x keberatan bg tau la aku ek...
Aku Di TAG?...
Wakaka...huhu..aku baru je abis cite pasal kena tag..skang aku kena lagi sekali...bak kata org bila kena sekali, kena lagi sekali & lagi sekali..terima kasih haku ucapkan pada pengeTAG yang sudi mengeTAG haku...nanti aku belanja air sirap pada org yang tag aku...hehe...TRIMAS
Thursday, November 13, 2008
Pertandingan Nyanyian (LAWAK)
Lawak ni begini ceritanyer..
Pada suatu hari di dalam hutan diadakan pertandingan nyanyian...
pertandingan dimulakan oleh nyanyian si burung nuri... nyanyian dia sungguh merdu dan asyik..
selesai je burung nuri nyanyi then giliran landak lak nyanyi dan nyanyian dia pon bole tahan la... kemudian giliran si babi... bila dia nyanyi je semua binatang melarikan diri ... sambil berkata "OH TIDAK!!!".. kenapakah binatang semua lari?...
Sebabnyer ialah babi menyanyikan
lagu kumpulan HEADWIND - " KITA SERUPA "
hehe... manakan mereka sama... betul x?
Monday, November 10, 2008
RIBENA mengandungi ARAK?
LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah. Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah. Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya. Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi
Wednesday, November 5, 2008
Penangan KARTUN..
LONDON: Seorang remaja menukar namanya kepada ‘Captain Fantastic Faster Than Superman Spiderman, Batman, Wolverine Hulk and The Flash.’
Nama yang memecahkan rekod kini dianggap nama terpanjang di dunia adalah idea graduan muzik George Garrat, 19.
Beliau menukar namanya menerusi surat ikatan menukar nama secara online berharga £10 (RM55.70) minggu lalu. ‘Captain Fantastic’ berkata: “Saya mahu menjadi unik. Saya mengambil keputusan menggunakan panggilan super hero.”
‘Captain Fantastic’ menyertai sekumpulan individu dengan nama panjang luar biasa termasuk ‘Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth’ Williams, budak perempuan dilahirkan di Texas pada 1984.
Remaja dari Glastonbury, Somerset, menambah, ketika beliau memikirkan mengenai nama barunya adalah ‘gila’, neneknya tidak lagi bercakap dengannya. - Agensi
p/s: Itu la kartun punya penangan.. hehe..susah nak ckp sb aku pon hantu kartun jugak..so bg yang ada anak kecik tu control la minat anak2 (mcm pakar motivasi lak).
Tuesday, November 4, 2008
Hepi Besday TO ME!
Bila diingatkan cepat masa berlalu... aku rasa kelmarin baru umur aku 18 tahun...hehe.. (perasan).Terima kasih pada kengkawan yang ucapkan besday kat aku hari ni.. ramai sungguh.. yang paling awal of course la isteri aku,.. then pepagi bukak ym rusdi, then khairul (khas dr cina)..hehe bawak balik hadiah baik punyer untuk aku ek..then kak ros, syima, nasri, asma kecik sape lagi ek... aku lupa la...sori.... so aku ucapkan all the best untuk aku la... hehe...hahaha...
Ops sebelum hari ni berlalu.. aku nak ucapkan terima kasih pada Rusdi @ Nasri (sb aku x tahu sape yang belanja) yang belanja aku KFC hari ni.. terima kasih bebanyak.. lain kali belanja lagi ek.. jgn tg besday aku je.. anytime pon bole..
Friday, October 24, 2008
Kebesaran ALLAH
Kebesaran ALLAH - AL-QUR’AN sebagai satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. :- Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, ANAI – ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun….keseluruhan kulit naskah Al Qur’an dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh ANAI – ANAI termasuklah ‘TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE DALAM BAHASA URDU’….. APA YANG MENAKJUBKAN ialah….anai-anai tersebut LANGSUNG TIDAK MENYENTUH ‘HURUF-HURUF ASAL AL-QUR’AN YG BERTULIS DALAM BAHASA ARAB’…….SUBHANALLAAAH !!!!!!
10 AMALAN TERBALIK
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan dibulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikutselera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."(Riwayat Bukhari)
Wednesday, October 22, 2008
Don't Play Candid Camera
Video ni aku dapat melalui email seorang kawan.
Wednesday, October 8, 2008
Jalan-Jalan Raya...
Selamat Hari Raya
Raya tahun ni aku tak dapat nak balik sempena 1 Syawal sb tahun lepas isteri aku dah dpt dah...tahun ni dpat raya ketiga... so senang cite sambut raya kat selayang je.. so cite pagi raya aku simple jek.. selepas subuh.. aku pergi amik isteri aku balik keje.. pastu g sembahyang raya.. then salam mintak ampun...then makan la.. then aku duk layan budak kecik tu la sampai ke petang... sb isteri aku memulakan shift tido dia (sb dia keje malam). Petang aku siap-siap pergi beraya umah mak angkat isteri aku kat sg. ara..then balik tido... hahaha.. sori la buang masa korang baca kisah aku nih.. bg yang pernah beraya di bandar ni tahu la apa rasa.. jiran suma kiri kanan dah balik kampung.. jangan marah ek...hehe..
Adi kahwin.. (adik Aku)
Fakta Majlis Kahwin Adi:
Tarikh nikah: 2 oktober 2008 (2 syawal)
Kenduri: 3 oktober 2008 (3 syawal)
Tempat: Masjid.. (aku tak ingat sb masa tu aku kat kl)
Pasangan: Nama.. (aku pon x ingat) tapi pemastautin Kuala Berang..
Nama tok Kadi:... erm,.. lagi la aku x tahu...
senang cite x banyak la aku tahu.. sb masa gambar ni di ambil pon.. aku baru sampai dr kl terus ke kuala berang.. hehe.. sori la x dpt nak cite lebih...maafkan aku..



