Friday, November 21, 2008

Kalu terer JAWAB ni..

Aku ada teka-teki.. mgkn ada yang pernah dgr.. bg yang belum tuh test la IQ korang ngan jawab soalan nih... semoga berjaya..

Tiga sahabat menyewa hotel dgn harga RM30 (maka mereka perlu membayar RM10 seorang)

Namun, tuan punya hotal kembalikan semula RM5 kepada mereka
Maka, jumlah sewa menjadi RM25
Pekerja hotel tersebut hanya memulangkan RM3 saja kepada mereka sebab senang dibahagi,dan RM2 di ambil olehnya...
Apabila diberi RM3, mereka membahagi seorang RM1 dan jumlah bayaran sekarang bagi seorang ialah RM9..
Yang menjadi persoalan sekarang ialah...RM9 x 3 = RM27..
RM27 (duit yang diberi) + RM2 (duit yang diambil pekerja) = 29...

Soalannya ialah...
DIMANA HILANGNYA SERINGGIT LAGI DUIT MEREKA????

Tuesday, November 18, 2008

Nombor BERTUAH




Hehe..tanpa aku sedari keta aku dah mileage dia dah 20000 km rupanyer...hehe.. yela semenjak kehilangan motor kesayangan aku kerana di curi pencuri aku kena la dtg keje naik keta..walaupon aku x berapa gemar, ye la ngan jem, minyak pon leh tahan la...kalu rm50 tuh kena telan ngan 1.6 rasanyer 3 hari jek.. kalu sebulan bape tuh?... nasib baik la harga dah turun lagi ari ni...hehehe..bagus2.. kalu dpt turun lagi aku rasa lagi bagus...hehe..

Masa aku nak kuar makan tadi aku baru terperasan angka tersebut.... adakah ia bertuah?... erm.. yang pastinyer 21000km nanti aku kena g servis..erm..duit tuh..hehe.. 20000 apa makna pada aku?... kalu dpt duit rm20000 pon ok gak...hahahahaha.. leh la aku bayar muka beli ghomah ker, motor lagi 4 ke leh aku gilir-gilir tiap hari. (mak oi jauh berangan nyer aku.)..hehe..

so korang pon pikir la apa makna 20000 pada korang.. hantaran kahwin RM20000 ker, nak beli keta harga RM20000 ke, korang pikirkan la,... hehe..kalu x keberatan bg tau la aku ek...

Aku Di TAG?...

Ni rasa first time aku kena tag... buat pengetahuan suma haku x tahu apa binatang tag tuh..hahaha..hehehe..hihihi...huhu... maafkanlah aku yang serba x tahu nih... (malunyer) setelah aku membuat sedikit kajian barulah aku faham apa binatang tag tuh... barulah aku sedar.. agak ketinggalan gak la haku nih.. (merendah diri).. apa nak buat, kanak-kanak baru belajar... so aku nak tanya la pada korang yang selalu kena tag.. adakah tempoh tag ni ada had masa?contohnya kena jawab dalam masa seminit ker, sejam ker, sehari ker, seminggu ker atau pon kalu x jawab mcm mana pula..hehe.... sb aku x dpt la nak menunaikan tag tu wat masa skang...huhu... so ape kehe nyer?... mcm mana nih?????

Wakaka...huhu..aku baru je abis cite pasal kena tag..skang aku kena lagi sekali...bak kata org bila kena sekali, kena lagi sekali & lagi sekali..terima kasih haku ucapkan pada pengeTAG yang sudi mengeTAG haku...nanti aku belanja air sirap pada org yang tag aku...hehe...TRIMAS

Thursday, November 13, 2008

Pertandingan Nyanyian (LAWAK)

Lawak ni aku pernah dgr dulu.. dan smlm aku terbaca lagi sekali.. leh tahan la aku gelak..klakar la bg aku. tak tahu la bg korang kelakar ke tak..

Lawak ni begini ceritanyer..

Pada suatu hari di dalam hutan diadakan pertandingan nyanyian...
pertandingan dimulakan oleh nyanyian si burung nuri... nyanyian dia sungguh merdu dan asyik..
selesai je burung nuri nyanyi then giliran landak lak nyanyi dan nyanyian dia pon bole tahan la... kemudian giliran si babi... bila dia nyanyi je semua binatang melarikan diri ... sambil berkata "OH TIDAK!!!".. kenapakah binatang semua lari?...

Sebabnyer ialah babi menyanyikan
lagu kumpulan HEADWIND - " KITA SERUPA "

hehe... manakan mereka sama... betul x?

Monday, November 10, 2008

RIBENA mengandungi ARAK?

Email Dari seorang kawan untuk info kita... so, apa keputusan di tangan kita.. kita yang menentukan.. (mcm Iklan apa ek.. aku lupa dah).hehe..bg yang hantu ribena tuh sila buat rujukan dan pengesahan selayaknya sebelum minum.

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan
rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah. Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah. Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya. Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi
* P/S: Sila Rujuk Link Direktori halal jakim untuk kepastian ttg tarikh luput,dan masukkan perkataan ribena dalam kotak maklumat dan search.

Wednesday, November 5, 2008

Penangan KARTUN..


LONDON: Seorang remaja menukar namanya kepada ‘Captain Fantastic Faster Than Superman Spiderman, Batman, Wolverine Hulk and The Flash.’

Nama yang memecahkan rekod kini dianggap nama terpanjang di dunia adalah idea graduan muzik George Garrat, 19.

Beliau menukar namanya menerusi surat ikatan menukar nama secara online berharga £10 (RM55.70) minggu lalu. ‘Captain Fantastic’ berkata: “Saya mahu menjadi unik. Saya mengambil keputusan menggunakan panggilan super hero.”

‘Captain Fantastic’ menyertai sekumpulan individu dengan nama panjang luar biasa termasuk ‘Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth’ Williams, budak perempuan dilahirkan di Texas pada 1984.

Remaja dari Glastonbury, Somerset, menambah, ketika beliau memikirkan mengenai nama barunya adalah ‘gila’, neneknya tidak lagi bercakap dengannya. - Agensi

p/s: Itu la kartun punya penangan.. hehe..susah nak ckp sb aku pon hantu kartun jugak..so bg yang ada anak kecik tu control la minat anak2 (mcm pakar motivasi lak).

Tuesday, November 4, 2008

Hepi Besday TO ME!

erm... ari ni (04.11.1981) genap la umur aku ke 27 tahun. Alhamdulilah syukur kerana dipanjangkan umur dan semoga dipanjangkan umur untuk besday yang akan datang...amin... Dalam umur 27 tahun, aku rasa hidup aku sudah lengkap bagi aku... walaupun aku ada kehilangan sesorang yang aku sayang pada pertengahan ramadan yang lalu... (sedihnyer bila ingat)... sayu...tapi aku kena tabahkan hati aku..hehe...aku ada tanggungjawab lain untuk dijalankan..
Bila diingatkan cepat masa berlalu... aku rasa kelmarin baru umur aku 18 tahun...hehe.. (perasan).Terima kasih pada kengkawan yang ucapkan besday kat aku hari ni.. ramai sungguh.. yang paling awal of course la isteri aku,.. then pepagi bukak ym rusdi, then khairul (khas dr cina)..hehe bawak balik hadiah baik punyer untuk aku ek..then kak ros, syima, nasri, asma kecik sape lagi ek... aku lupa la...sori.... so aku ucapkan all the best untuk aku la... hehe...hahaha...
Ops sebelum hari ni berlalu.. aku nak ucapkan terima kasih pada Rusdi @ Nasri (sb aku x tahu sape yang belanja) yang belanja aku KFC hari ni.. terima kasih bebanyak.. lain kali belanja lagi ek.. jgn tg besday aku je.. anytime pon bole..

Friday, October 24, 2008

Kebesaran ALLAH







































Kebesaran ALLAH - AL-QUR’AN sebagai satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. :-
Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, ANAI – ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun….keseluruhan kulit naskah Al Qur’an dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh ANAI – ANAI termasuklah ‘TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE DALAM BAHASA URDU’….. APA YANG MENAKJUBKAN ialah….anai-anai tersebut LANGSUNG TIDAK MENYENTUH ‘HURUF-HURUF ASAL AL-QUR’AN YG BERTULIS DALAM BAHASA ARAB’…….SUBHANALLAAAH !!!!!!

10 AMALAN TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan dibulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikutselera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."(Riwayat Bukhari)

Wednesday, October 22, 2008

Don't Play Candid Camera

Umur di bawah 18 tahun tidak digalakkan tengok.

Video ni aku dapat melalui email seorang kawan.


Wednesday, October 8, 2008

Jalan-Jalan Raya...















So raya tahun ni aku anggap special sikit la..sb tak pernah pon aku beraya sampai tahap macam ni..so berbekalkan duit raya opis bagi sikit + Rebat minyak kereta dapatla aku jalan-jalan kat langkawi tahun ni... Seronok la jugak jalan-jalan...apatah lagi dengan keletah si kecik ni ha..

Selamat Hari Raya





































































Raya tahun ni aku tak dapat nak balik sempena 1 Syawal sb tahun lepas isteri aku dah dpt dah...tahun ni dpat raya ketiga... so senang cite sambut raya kat selayang je.. so cite pagi raya aku simple jek.. selepas subuh.. aku pergi amik isteri aku balik keje.. pastu g sembahyang raya.. then salam mintak ampun...then makan la.. then aku duk layan budak kecik tu la sampai ke petang... sb isteri aku memulakan shift tido dia (sb dia keje malam). Petang aku siap-siap pergi beraya umah mak angkat isteri aku kat sg. ara..then balik tido... hahaha.. sori la buang masa korang baca kisah aku nih.. bg yang pernah beraya di bandar ni tahu la apa rasa.. jiran suma kiri kanan dah balik kampung.. jangan marah ek...hehe..

Adi kahwin.. (adik Aku)






Fakta Majlis Kahwin Adi:
Tarikh nikah: 2 oktober 2008 (2 syawal)
Kenduri: 3 oktober 2008 (3 syawal)
Tempat: Masjid.. (aku tak ingat sb masa tu aku kat kl)
Pasangan: Nama.. (aku pon x ingat) tapi pemastautin Kuala Berang..
Nama tok Kadi:... erm,.. lagi la aku x tahu...

senang cite x banyak la aku tahu.. sb masa gambar ni di ambil pon.. aku baru sampai dr kl terus ke kuala berang.. hehe.. sori la x dpt nak cite lebih...maafkan aku..

Tuesday, September 23, 2008

info untuk panduan hidup

Diceduk dari group lain, untuk dikongsi demi kebaikan bersama sebagai panduan dan amalan hidup. ------------ ---------

Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

JODOH

info yang baik untuk di kongsi..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Thursday, August 7, 2008

Asyraff & bayang-bayang

Hehe.. klakar aku nengok dia main ngan bayang-bayang dia.. dia ingat tu kawan dia agaknya...sibuk duk main sampai org panggil dia x layan dah...



Lepak tepi pantai..

Apa guna aku dtg bercuti kalu aku tak lepak tepi pantai... so aku ajak ala wife aku p lepak tepi pantai... lagipon si "small kid" ni mana pernah main pasir... so kira kasi can la.. bila kasi can sampai pasir pon dia makan... aku ingatkan dia makan apa.. bukan takat makan jek.. sampai atas kepala penuh ngan pasir... dia letak pasir atas kepala..jenuh nak buang..



Kat IMPIANA CHERATING









Lepas sarapan pagi aku lepak kat lobby sb kat situ ade wi-fi... aku pon layan internet la.. sesambil tu 'small kid' main ngan ibu dia....


CHERATING..


Masa on d way p cherating tuh.. dah aku drive sorang-sorang aku mula la rasa bosan... si 'small kid' & ibu dia tido kat belakang...'small kid' mana leh duk depan... kalu dia duk depan abis button kat keta dia tekan... tu ibu dia ditugaskan jd bodyguard dia kat belakang.. bila diorang dah tido dan aku pon naik bosan.. jalan lak lenggang.. (Karak highway) aku pon apa lagi test power keta la...x la laju sgt.. kalu ikutkan hati.. nak kasi abis je meter keta ni.. (boleh ker)..tapi kena pikir keselamatan org kat belakang gak...


















Dalam masa aku tgh laju tetiba jek "small kids" muncul kat tepi... alang2 kamera dah ade kat tanggan... aku pon amik la gambar dia...kaco daun tul la.. pastu sibuk nak duk depan...korang tgk la aksi dia tuh...pening kepala aku... x leh concentrate bawak keta...

Hepi Besday ASYRAFF HAKIMI 1st












Sempena 26 Mei 2008 genap lak si "small kid"- (panggilan gurauan aku kat asyraff) ni 1 tahun. So aku pon beli la kek sebijik nak bg bdk ni tgk lilin. Excited sungguh dia... ye la first time tgk lilin...samp x larat nak larang jangan pegang lilin...korang tengok la cara dia tenung lilin tuh... So aku nak ucapkan selamat hari lahir yang pertama buat buat putera aku ni... HAPPY 1st BIRTDAY!!!...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...