Wednesday, August 12, 2009

Kenapa perlu begitu?

Ni kisah aku nak kongsi le, aku ada seorang kenalan... kami duduk berdekatan, so kalu ada masa tu duduk le besembang, kalu x de masa atau dr jauh tu angkat-angkat le tangan... baru-baru ni dia join satu MLM ni... so nampak succes le, dia pon ajak aku join. Aku ni susah nak bagi komitmen ngan keje aku mcm ni, so terpaksa la aku menolak... Dia mcm 'bengkek' jugak le ngan aku. Dia kata aku x support dia. Masalahnyer nak join MLM ni kena buat loan... nak kena pergi kelas. Tu yang aku x de masa & komitmen tuh...

Baru-baru ni dia amik keta baru "Toyota Alphard"... So dia nampak berjaya le... sejak dr tuh kalu nampak aku pon dah x angkat tangan. Apatah lagi nak bersembang, so aku buat 'donno' je la, mgkn dia sibuk ke apa ke.... then kebetulan petang smlm lepas amik anak kat nursery, sebelum masuk umah lalu la mamak jual roti. Anak aku pon nak le beli jajan so aku pon layan, dalam duk beli tuh tetiba nampak le kenalan aku tu datang ngan tangan anak dia menarik dia (dia x nak datang tapi anak paksa le kot). Aku pon bagi le salam & hulur tangan salam, lepas dia salam ngan aku jek dia terus tarik anak dia... then blah...

Dalam hati jahat aku berkata le jugak... dah kaya kerek plak... (haha.. jahat tul aku). ntah dia nak sakit perut ke.. apa daaa aku... hehe

Then aku berfikir le... kot ye pon dah mewah jangan la eksen... kang Allah 'tarik balik'. Rezeki tu dr Allah...

Yang terbaru aku pergi ke Johor melawat sabahat lama... kisah yang sama terjadi kat sahabat aku kat sana... Diorang ni kawan baik, beli umah pon sebelah-sebelah. Yang sorang join MLM, ajak sorang lagi. Tapi x nak... So sabahat aku pon cite la.. "sejak dia mewah ni aku pon dia x pandang. Macam x kenal la".

So kenapa mesti begitu?... adakah orang melayu kita je begitu?. Bila mewah atau berpangkat... kawan yang dulu baik menjadi lawan... entah la labu...

3 comments:

abunyer said...

'orang kita' macam tu lah. mungkin tak pernah pegang duit berkepuk. sering lupa duit berkepuk... hutang pun berkepuk jua.

pengajarannya: jangan lupa daratan kalau duduk atas darat; jangan lupa lautan kalau duduk dalam laut.

poj said...

betul.. betul.. betul! melayu mudah lupa!, (sib baik aku jawa + arab = JARAB!

Jamaluddin Yeop Majlis said...

Nak join MLM carilah yang MLM ygn syariah seperti HPA. InsyaAllah kita sentiasa ingat mengingati seperti dalam satu jemaah. HPA dipantau oleh 11 panel syariah yang berotoriti dlam muamalah Islam. HPA menjadikan MLM sebagai alat untuk memasarkan produk halal tanggungjawab kita bersama. Hubungi saya. Bersama kita memperjuangkan produk halal yg dikeluarkan oleh tangan orang yg beriman. Syarikat milik 100% bumiputra muslim yg mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...