Tuesday, August 18, 2009
SEMOGA BERKEKALAN...
Hari ni 18.8.2009 - Genap 3 tahun usia perkahwinan aku dengan isteri aku yang tercinta, ye mungkin usia perkahwinan kami 'setahun jagung' kata orang tua-tua. Tapi aku bahagia dengan kehadiran seorang insan yang bergelar isteri, seorang bdk kecik yang membahasakan diri dia 'acap' (singkatan untuk asyraff) dan sedang menghitung hari kelahiran putera@puteri kami yang kedua (sebab x scan jantina lagi).
Dulu masa awal aku nak kahwin dulu, aku selalu berfikir bole ke aku nak jaga anak orang ni... ilmu bab rumahtangga pon x de. Berkahwin bukan semudah ABC, banyak tanggungjawab yang kena pikul sebagai lelaki atau ketua keluarga. Alhamdulilah aku mengumpul pengalaman perlahan-lahan, perkara pertama yang aku buat ialah keluar dari keluarga agar kami dapat mencorakkan hidup kami sendiri.. biar kami menguji diri dan janji susah senang bersama... Di awal perkahwinan memang banyak dugaan di atas kekurangan pengalaman. Banyak benda yang kena belajar ia seperti contoh bekerja dalam satu syarikat, ada akaun, pentadbiran, ada ketua, ada penolong ketua, ada anak buah, dan macam-macam lagi. Kalu dalam syarikat tu ada la orang yang pakar menguruskan. Tapi dalam keluarga pon ada mcm syarikat jugak. Nama Syarikat itu ialah syarikat SUAMI & ISTERI SDN. BHD.
So suami akan menjadi ketua, isteri secretary, suami head Account, isteri asst. account... mcm tu le seterusnya... Mendapat seorang anak sama le mcm mendapat seorang staff, kalu sepuluh orang anak sepuluh orang le yang nak kena di uruskan... ermmm.... Hehe macam mencabar kan?... x pe aku suka pada cabaran... hidup tanpa cabaran bg aku 'Tak Thrill le'. hehe...
Oleh kerana pengalaman aku pon sikit so aku pon nak tulis sikit je la... hehe... aku hormat pada yang 'senior' (yang dah kahwin lama). Apa yang aku bole wat conclusion ialah jika kita mencorakkan perkahwinan kita ke arah yang indah, insyallah dengan kehendak Allah indah le jadinyer... Perkahwinan bagi aku "BEST & MENCABAR".
So buat isteri aku yang tercinta... aku ucapkan SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KETIGA. SEMOGA KITA BERKEKALAN.. AMIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Tahniah sempena ulang tahun ke-3 perkahwinan. Semoga bahagia hingga ke anak cucu. Sedar-sedar dah tiga tahun dah ngkau kahwin.
Tak lama lagi aku la plak.... 25 tahun oii!!!! Alhamdulillah.
terima kasih en. abu... saya nak sampai 25 tahun tuh... oiii,.. jauh lagi perjalanan tuh...
Tahniah!...amin....
selamat ulang tahun perkahwinan.. :)
tahniah nuar...baru 3 tahun..jauh lg perjalanan..(ewwwaahh..ckp org konon..awak tu lom lg 2 tahun..heheheh)
nk dpt second baby dah? alhamdulillah..murah rezeki...bila due?
Post a Comment