Thursday, February 14, 2013

Duit Rakyat??

Dah dekat nak pilihanraya ni, aku pon sibuk le nak mengulas pasal pilihanraya. Bukan apa, aku tertarik dengan satu komen kat satu page pemimpin politik. Komennya berbunyi begini.

" Yang korang duk bising-bising pasal duit rakyat, korang tu menyumbang ke?. Gaji korang bukan kena cukai pon! ".

Monday, February 11, 2013

Zombie Menganas!!


Aku tengah 'demam' tengok cite ni sekarang ni. Sekarang dah Season 3, Season 1 & 2 memang dah khatam arr. Memang best le cite ni, kalu tengok malam sorang-sorang seram wooo.. Pastu banyak pulak adegan-adegan 'suprise' ni. Kalu tak ready boleh menjerit sorang-sorang. 

Saturday, October 8, 2011

PROMOSI NAMECARD


Bagi yang berminat silalah call/sms/email ke aku.


Thursday, September 15, 2011

JOM...ANAK-ANAK, BELAJAR MELUKIS & MEWARNA

Peralatan disediakan secara percuma:
- Pensel Warna
- Buku melukis & mewarna
- & banyak lagi!

Wednesday, September 14, 2011

Blogger version Iphone!

Wow!. Bestnyer.. Kalu lepas ni blog aku tak updated jugak tak tau la.. Hahaha.. Lepas ni tak perlu nak nak mengadap pc je nak update blog.. Bagi blogger tegar tu, makin mudah la korang. Bagi yang tak beberapa nak tegar mcm aku ni, tak banyak bezanya..

Aku percaya jika mereka keluarkan versi Iphone mesti ada jugak yang versi Android

Monday, September 12, 2011

ALKISAH... PENGHUTANG & PEMIUTANG


Pinjam meminjam ni biasa dalam hidup hari-hari kita, ada yang nak pinjam duit, kereta, barang & macam-macam lagi. Dah jadi macam biasa dah... aku pon ada meminjam jugak... hehehe.. tak nak la hipokrit kan... so kalu aku ada pinjam & tak langsai tu bagitau la ye... jangan lupa tunjuk bukti-bukti & hujah-hujah sekali, jangan main cakap je. Kalu tak aku pelangkung!.


Hutang ni kena langsaikan sebelum masuk kubur. Yang aku ingat ada la hutang-hutang ngan bank sket, study dulu sket. Ngan kawan kalu ada tu bagitau la ye.. kalu mampu aku langsaikan.. kalu tak mampu, ansuran boleh?.. hehe. Seingat fikiran aku ni macam dah langsai semua... tapi mana la tau lupa. Biasala manusia...

Thursday, June 30, 2011

CUT THE FAT!!!


Aduhai semenjak dua menjak tiga menjak ni berat badan bertambah kaw-kaw, habis seluar aku dah tak muat... perut tak payah kira la mencanak kedepan... yohoho.

Dua tiga hari lepas pergi la ukur baju nak tempah baju raya... terkejut juga la dengar ukuran pinggang.. dulu masa dulu-dulu pinggang steady je, 27-28 in. Aku ingatkan takde la besar sangat pinggang aku ni sekarang... sekali lepas ukur 35 in... yohoho... tak hinggat!.

Tuesday, June 28, 2011

Uih... lamanya!!!

Yohoho... amboi rasanya dah lebih setengah tahun x update blog... bukan takat sarang labah-labah.. dinosour pon ada... yohoho... tapi ada la jugak jenguk-jenguk sekali-sekala... jenguk blog kawan-kawan...

Bukanla aku tak nak update... tapi hidup dah berbeza sedikit berbanding masa awal-awal berblog dulu... insyallah kalu ada kelapangan masa akan datang aku akan cuba le update...

Assalamualaikum..

Monday, August 16, 2010

Aduh Sakitnya!...




Dugaan pada permulaan puasa tahun ni ialah Sakit gigi. Dah seminggu aku duk tahan, seminggu itu jugalah aku sengsara... nak buat kerja pun tak boleh, nak tidur pun tak boleh. Nak Pergi cabut kang takut batal pulak puasa aku. Sayang... nak tunggu sampai habis puasa, kang kena sakit sepanjang puasa mcm mana pulak... hmmm... susah jugak.

Dalam kesakitan gigi ni plak la time keje banyak, budak-budak kat rumah ni suka buat perangai... sungguh menguji kesabaran aku. Dalam hati ni membuak-buak perasaan nak marah, tapi cuba sabarkan diri sebab berpuasa. Dugaan & cabaran... Bila waktu malam sakitnya bertambah, sampai terfikir nak amik 'plier' nak cabut sendiri je. Berdenyut-denyut sampai nak tidur pon tak boleh... abis satu kepala rasa sakit, ubat tahan sakit dah tak terkira dah aku telan... sampai 'overdose' dah rasanya.

Hari ni nampak gaya mcm nak kena juga pergi klinik cabut... dah tak sanggup dah nak lalui walau sehari lagi. Akhirnya aku mengalah...

Thursday, July 1, 2010

PERCUTIAN KE PULAU KAPAS

19-20 Jun yang lepas aku serta beberapa orang sahabat lama masa study dan kerja membuat trip percutian ke pulau kapas... Memang 'happening & seronok sungguh.


Wednesday, April 21, 2010

Mind Setting...


Salam bahagia buat semua... lama betul tak update blog nih... baik aku meneruskan cerita seperti tajuk di atas.

'Mind Setting'... kita selalu berkata pada orang yang 'mind setting' orang ni mcm ni, yang tu mcm tu... tetapi mcm mana pula kita punya 'mind setting'?... betul sangat ke?. Bila Seseorang berkata, kita mengatakan 'mind setting' orang tu yang kurang betul.. tetapi jika perkara sama sebaliknya berlaku adakah 'mind setting' kita betul ketika itu?...

Friday, December 4, 2009

RM0.30 sen Pon kedekut...apadaaaaaa...


Ni kisah Tandas awam la... Kalu sape yang perut tak sedap tu jangan baca!!!!. Kalu dulu nak masuk tandas awam kena bayar dalam RM0.20 Sen je. Skang kebanyakkan tandas dah kena bayar RM0.30 sen. Tapi itu bukan apa yang aku nak cite hari ni. Apa yang aku nak cite ialah sikap kebanyakkan orang kita la... Bila masuk tandas awam kena bayar je mesti banyak mengomel... contoh ayat yang aku selalu dengar "Tandas mcm ni pon kena bayar". Itu situasi yang selalu aku dengar & lihat la... tapi yang selalu sgt aku tgk ialah "mengelat" tak nak bayar. Malah ada yang sanggup tunggu, line clear baru nak masuk. Sebolehnya tak nak bayar kat makcik@pakcik yang duk jaga kaunter tandas tu. Banyak kali aku perhatikan perkara ni.

Monday, November 16, 2009

BEST...BEST..BESTNYER..

Mak ai, rasa mcm dah lama aku x update blog aku nih...apa cite terbaru aku ek... banyak cerita best le... terutama kehadiran ahli baru dalam keluarga aku... Alhamdulilah sampai juga hasrat untuk memilikki sepasang cahaya mata... aku skang pon ngah 'berpantang' jugak le... hahahaha.... sepanjang aku berpantang sorang2 kat kl ni (isteri berpantang kat kampung) kebosanan yang amat... rindu sgt pada diorg. Minggu depan lepas raya Haji diorang dah balik kl.. bahagia la kembali idup aku... tak sabar menunggu...



















Friday, November 6, 2009

JOM...JOM...



Jom Join... klik sini... bukan kena bayar pon... -----> catcheye

Monday, October 5, 2009

KERISAUAN MELANDA...


Aku ngah kerisauan yang amat skang nih. Terutama pasal anak aku yang x sihat. Smlm Kul 6 petang hantar anak aku p 'emergency' kat hospital selayang. Masa amik temperture tu nurse tu pn terkejut, tenperture 40.7 celcius. Aku pon terkejut, tinggi giler. Masa tu anak aku pon dah mcm restless semacam jek. Nasib baik le nurse kali ni agak prihatin le ngan masalah kami. Dia terus bg PCM kat anak aku & ikhtiar untuk di checkup secepat mungkin dan dia 'divert'kan ke tempat lain. Takdelah menunggu kat 'emergency' tuh. Lepas jupe doktor dia bagi ubat demam, antibiotik & TAMIFLU (in case ada H1N1).Baguslah jugak kalu mcm tu, takkan dah kena baru nak bagi ubat. Budak-budak ni senang dijangkiti sebab antibodi diorang lemah lagi, nasihat aku kalu anak demam tu jangan duk biar jek, nampak mcm ok tapi kita bukan tahu. Lain le jika anda doktor.

Wednesday, September 30, 2009

DEJAVU?


Hari ni aku rasa mcm berada dalam dunia 'dejavu'. Korang tahu x apa tuh dejavu?... aku pon x bape tahu. Tapi yang aku tahu dejavu tu seperti kita pernah berada dalam situasi yang sama sebelum ni, lebih kurang mcm tuh le... aku rasa macam keadaan sekeliling ngan apa yang berlaku seperti aku pernah alami. Pening sat... aku kebingungan. Adeh... aku rasa mcm serba tak kena. Aku x tahu korang pernah rasa ke tak situasi mcm nih... kalu pernah korang faham le keadaan aku. Bingung..bingung...bingung...

Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFIRI





Sempena Hari Raya yang bakal menjelma, aku ingin le juga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada pembaca blog ni, Saudara-mara, sahabat-sahabat. Mohon maaf dipinta jika ada tersilap bahasa. Aku pon petang ni nak balik kampung, tahun lepas x dapat balik so raya tahun ni excited lebih sikit le. Hua..hua..hua. So raya tahun ni kira sakan nyer la (nak cover tahun lepas punyer). Nanti dah balik cuti pokai le.. huhu... Aku mohon doakan le perjalanan aku ngan selamat. AMIN. Kalu ada wat open house tu jemput le aku ye. Insayallah aku sampai-sampaikan diri aku. Buat sahabat tu jemput-jemput le ke rumah. Kuih buat sendiri tu takde la ye. Suma kuih tunjuk (beli) jek. Yang penting niat ziarah tu... Bak kata orang "yang jauh kita dekat-dekatkan... yang dekat kita apa ek?... lupa le. So Semoga Aidilfitri anda tahun ni pon meriah la ye. Jangan lupa pakai 'mask' kalu anda tu demam atau nak melawat sedara yang x sihat. Beraya-beraya juga keselamatan & kesihatan diri kena jaga.

Wednesday, September 9, 2009

lawak & bengkek


Hari ni aku banyak keje urgent nak kena buat so aku mesej member aku suh bukak opis awal sb dia je ada kunci. Dalam kul 7 lebih aku gerak dari umah. Dalam on the way p opis.. perut lak sakit... Dalam hati aku time nak cepat, time ni le perut buat hal... so aku pon mencari la pam minyak. Sampai kat kat minyak ingat nak 'melabur' le, sekali ramai plak orang kat toilet. Ramai plak 'mangsa' mcm aku pepagi mcm ni... 2 bilik air semua penuh... duk le aku nunggu kat luar menahan perut. Then tetiba datang apek, dengan selamba jek dia kerkata: " Manyak laku toilet, pagi-pagi sulah penuh. Bulan posa ni ramai orang datang toilet... lu orang dalam bilik air tak posa ke"... tulah ayat apek tuh... aku terpinga-pinga memikirkan maksud kata-kata apek tuh.

Tuesday, August 18, 2009

SEMOGA BERKEKALAN...


Hari ni 18.8.2009 - Genap 3 tahun usia perkahwinan aku dengan isteri aku yang tercinta, ye mungkin usia perkahwinan kami 'setahun jagung' kata orang tua-tua. Tapi aku bahagia dengan kehadiran seorang insan yang bergelar isteri, seorang bdk kecik yang membahasakan diri dia 'acap' (singkatan untuk asyraff) dan sedang menghitung hari kelahiran putera@puteri kami yang kedua (sebab x scan jantina lagi).

Dulu masa awal aku nak kahwin dulu, aku selalu berfikir bole ke aku nak jaga anak orang ni... ilmu bab rumahtangga pon x de. Berkahwin bukan semudah ABC, banyak tanggungjawab yang kena pikul sebagai lelaki atau ketua keluarga. Alhamdulilah aku mengumpul pengalaman perlahan-lahan, perkara pertama yang aku buat ialah keluar dari keluarga agar kami dapat mencorakkan hidup kami sendiri.. biar kami menguji diri dan janji susah senang bersama... Di awal perkahwinan memang banyak dugaan di atas kekurangan pengalaman. Banyak benda yang kena belajar ia seperti contoh bekerja dalam satu syarikat, ada akaun, pentadbiran, ada ketua, ada penolong ketua, ada anak buah, dan macam-macam lagi. Kalu dalam syarikat tu ada la orang yang pakar menguruskan. Tapi dalam keluarga pon ada mcm syarikat jugak. Nama Syarikat itu ialah syarikat SUAMI & ISTERI SDN. BHD.

So suami akan menjadi ketua, isteri secretary, suami head Account, isteri asst. account... mcm tu le seterusnya... Mendapat seorang anak sama le mcm mendapat seorang staff, kalu sepuluh orang anak sepuluh orang le yang nak kena di uruskan... ermmm.... Hehe macam mencabar kan?... x pe aku suka pada cabaran... hidup tanpa cabaran bg aku 'Tak Thrill le'. hehe...

Oleh kerana pengalaman aku pon sikit so aku pon nak tulis sikit je la... hehe... aku hormat pada yang 'senior' (yang dah kahwin lama). Apa yang aku bole wat conclusion ialah jika kita mencorakkan perkahwinan kita ke arah yang indah, insyallah dengan kehendak Allah indah le jadinyer... Perkahwinan bagi aku "BEST & MENCABAR".

So buat isteri aku yang tercinta... aku ucapkan SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KETIGA. SEMOGA KITA BERKEKALAN.. AMIN

Wednesday, August 12, 2009

Kenapa perlu begitu?

Ni kisah aku nak kongsi le, aku ada seorang kenalan... kami duduk berdekatan, so kalu ada masa tu duduk le besembang, kalu x de masa atau dr jauh tu angkat-angkat le tangan... baru-baru ni dia join satu MLM ni... so nampak succes le, dia pon ajak aku join. Aku ni susah nak bagi komitmen ngan keje aku mcm ni, so terpaksa la aku menolak... Dia mcm 'bengkek' jugak le ngan aku. Dia kata aku x support dia. Masalahnyer nak join MLM ni kena buat loan... nak kena pergi kelas. Tu yang aku x de masa & komitmen tuh...

Baru-baru ni dia amik keta baru "Toyota Alphard"... So dia nampak berjaya le... sejak dr tuh kalu nampak aku pon dah x angkat tangan. Apatah lagi nak bersembang, so aku buat 'donno' je la, mgkn dia sibuk ke apa ke.... then kebetulan petang smlm lepas amik anak kat nursery, sebelum masuk umah lalu la mamak jual roti. Anak aku pon nak le beli jajan so aku pon layan, dalam duk beli tuh tetiba nampak le kenalan aku tu datang ngan tangan anak dia menarik dia (dia x nak datang tapi anak paksa le kot). Aku pon bagi le salam & hulur tangan salam, lepas dia salam ngan aku jek dia terus tarik anak dia... then blah...

Dalam hati jahat aku berkata le jugak... dah kaya kerek plak... (haha.. jahat tul aku). ntah dia nak sakit perut ke.. apa daaa aku... hehe

Then aku berfikir le... kot ye pon dah mewah jangan la eksen... kang Allah 'tarik balik'. Rezeki tu dr Allah...

Yang terbaru aku pergi ke Johor melawat sabahat lama... kisah yang sama terjadi kat sahabat aku kat sana... Diorang ni kawan baik, beli umah pon sebelah-sebelah. Yang sorang join MLM, ajak sorang lagi. Tapi x nak... So sabahat aku pon cite la.. "sejak dia mewah ni aku pon dia x pandang. Macam x kenal la".

So kenapa mesti begitu?... adakah orang melayu kita je begitu?. Bila mewah atau berpangkat... kawan yang dulu baik menjadi lawan... entah la labu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...